Kuota BUDI95 RM300 Habis Diguna Penduduk Tinggal Di Sempadan, Disyaki Lakukan Aktiviti Seludup Minyak
Difahamkan, hampir empat bilion liter bukan digunakan isi rumah tetapi berkemungkinan digunakan syarikat, warga asing, atau sebahagiannya diseludup.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan bimbang inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) menimbulkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh penduduk tempatan
Menerusi laporan Free Malaysia Today, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican berkata data menunjukkan 95% rakyat Malaysia menggunakan tidak lebih daripada 180 liter sebulan dan golongan yang habis menggunakan had bersubsidi 300 liter ini adalah mereka yang mengisi RON95 di negeri berhampiran sempadan negara.
"Apabila dianalisis, golongan itu telah menggunakan sepenuhnya kuota termasuk mereka yang mengisi petrol di negeri-negeri sempadan.
"Daripada jumlah pengguna yang telah memanfaatkan 300 liter ini, lebih 80 individu yang hanya mempunyai lesen motosikal telah menghabiskan kuota 300 liter ini.
"Ini menunjukkan bahawa mereka menggunakan motosikal lebih 500km setiap hari dalam tempoh dua minggu pertama Oktober," katanya.

Kurang 0.7% rakyat Malaysia gunakan lebih 300 liter
Menurut Johan, apabila kerajaan menetapkan kelayakan subsidi petrol sehingga 300 liter sebulan, data statistik menunjukkan kurang 0.7% rakyat Malaysia menggunakan lebih 300 liter untuk kegunaan peribadi.
"Sebenarnya, rakyat Malaysia secara individu hanya menggunakan purata kira-kira 80 liter sebulan.
"Setakat ini, data yang kami peroleh menunjukkan (kuota itu) mencukupi, tetapi kami akan terus memantau keadaan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata isi rumah Malaysia hanya menyumbang kira-kira 78% daripada penggunaan RON95 berdasarkan data dikumpulkan Jabatan Perangkaan Malaysia.
"Daripada 18 bilion liter yang digunakan pada setiap tahun, terdapat hampir empat bilion liter yang bukan digunakan oleh isi rumah, berkemungkinan digunakan oleh syarikat, warga asing atau sebahagiannya diseludup keluar.
"Oleh itu, 20% inilah yang menyumbang kepada penjimatan. Sekiranya kita ambil 20% daripada subsidi RON95 sebanyak RM20 bilion ditanggung kerajaan pada 2023 dan 2024, anda akan meraih penjimatan kira-kira RM4 bilion berdasarkan harga minyak yang lebih tinggi," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 