Kumpulan Ruffedge Kini Kolaborasi Bersama Klinik Dr Hasbi, Tumpu Rawatan Stem Cell Tangani Masalah Lutut

Majlis berprestij itu turut memperkenalkan secara lebih meluas teknologi regeneratif masa depan iaitu Mesenchymal Stem Cell.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dunia perubatan moden dan industri seni kini semakin melangkah ke depan apabila Klinik Dr Hasbi, milik Datuk Dr Hasbi, mengumumkan kolaborasi rasmi pihaknya bersama kumpulan R&B legenda Malaysia, Ruffedge

Majlis berprestij itu turut memperkenalkan secara lebih meluas teknologi regeneratif masa depan, Mesenchymal Stem Cell (MSC) yang kini semakin menjadi pilihan ramai dalam penjagaan kesihatan.

Menurut Dr Hasbi, kliniknya menyediakan rawatan yang selamat, halal, beretika dan audit ready, selaras dengan visi menjadikan kesihatan sebagai pelaburan jangka panjang. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada isteri tercinta, Datin Adibah Karimah, yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam pengembangan klinik.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif Klinik Dr Hasbi, Datuk Dr Hasbi Harun

Image via @klinikdrhasbi (Instagram)

"Klinik ini bukan sekadar pusat rawatan, tetapi pusat regenerasi dan gaya hidup sihat. Teknologi MSC adalah masa depan dalam wellness dan perubatan regeneratif," katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Klinik Dr Hasbi bersama kumpulan Ruffedge baru-baru ini.

Hadir sama, pengasasnya, Datuk Dr Hasbi Harun dan isterinya, Datin Adibah Karimah serta lima lagi anggota Ruffedge iaitu, Azan Addin, Cat Farish, Mode, Sein Qudsi dan Zain Hamid.

Anggota kumpulan Ruffedge, Azan Addin, 51, mendedahkan dia mula mengalami gejala rasa sakit pada sendi lututnya kira-kira 10 tahun lalu

SAYS.com

Anggota kumpulan Ruffedge, Azan Addin

Image via @klinikdrhasbi (Instagram)

Azan berkata, dia juga hanya bergantung kepada ubat penahan sakit setiap kali mengalami sakit lutut sebelum ini.

"Saya tidak berasa diri sudah tua bila mula-mula dapat sakit lutut pada usia 41 tahun tapi seiring dengan peredaran masa, rasa sakit itu semakin kerap.

"Malah, saya berasa sakit lutut hingga bengkak serta berlarutan selama dua bulan, baru-baru ini.

"Jadi, saya pergi buat pemeriksaan di hospital dan mula sedar sakit lutut ini tidak boleh dipandang ringan,"
kongsinya.

Kolaborasi Klinik Dr Hasbi dengan kumpulan Ruffedge

Mengulas lanjut, kata Azan, hasil perbincangan dengan ahli keluarga dan kumpulan Ruffedge sendiri, dia bersetuju untuk mencari kaedah bagi merawat sakit lututnya itu.

"Sebagai lelaki, kita memang tak nak tunjuk kalau ada masalah tapi isteri dan anak-anak nampak saya tidak boleh duduk lama sedangkan saya perlu bekerja untuk menyara kel"Ketika buat persembahan bersama kumpulan Ruffedge, tak kan hanya saya seorang yang duduk di kerusi sebab masalah lutut?

"Jadi, semua pihak menyokong saya untuk mencari kaedah rawatan untuk sakit lutut dihidapi dan Alhamdulillah, Allah SWT mendorong saya untuk berhubung dengan Klinik Dr Hasbi," katanya anggota kumpulan R&B dan hip hop yang popular dengan lagu Bila Rindu dan Khayalan itu.

SAYS.com
Image via @klinikdrhasbi (Instagram)

Jelas Azan lagi, dia berharap kolaborasi kumpulan Ruffedge dengan Klinik Dr Hasbi yang berpengalaman 21 tahun itu bukan saja memulihkan sakit lututnya sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.

"Kita mungkin tidak tahu masalah yang dihadapi anggota tubuh sehingga kita buat pemeriksaan di klinik.

"Selepas buat pemeriksaan di klinik, baru saya dapat tahu sakit lutut dihidapi adalah masalah osteoarthritis kerana gel di lutut sudah berkurangan.

"Insya-Allah, dengan rawatan terapi stem cell yang dilakukan nanti saya akan dapat bekerja untuk keluarga serta menjadi asbab untuk manfaat kepada kesihatan masyarakat,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: