Kumpulan K-Pop ATEEZ Bakal Adakan Konsert Jelajah Kuala Lumpur 22 Mac 2026
Ini merupakan konsert solo pertama mereka di Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kumpulan K-Pop ATEEZ mengumumkan akhirnya akan datang ke Malaysia!
Susulan kejayaan persembahan mereka di Amerika Utara, Korea Selatan dan Jepun, kumpulan K-pop itu mendedahkan mereka akan membawa jelajah utama mereka, IN YOUR FANTASY, ke Asia. Kuala Lumpur turut berada di dalam senarai!
ATEEZ akan membuat persembahan pada 22 Mac 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Dipromosikan oleh AEG Presents Asia dan UnUsUaL Entertainment, persembahan ini akan menjadi konsert solo pertama ATEEZ di Malaysia selepas membuat persembahan di sini pada bulan Mei sebagai sebahagian daripada KPOP Masterz 2025 bersama CRAVITY.

Berikut adalah maklumat pembelian tiket:
- ATINY VIP (Standing) – RM1,198
- FANTASY VIP (Standing) – RM1,098
- FANTASY VIP (Seated) – RM1,098
- CAT 1 – RM898
- CAT 2 – RM758
- CAT 3 – RM658
- CAT 4 – RM498
- CAT 5 – RM398
Dapatkan tiket anda sekarang di SINI!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 