Kucing Siam Kini Jadi Simbol Nasional Thailand, Lambang Pemeliharaan Warisan & Ekonomi
Bila Malaysia nak umum Oyen jadi kucing kebangsaan pula :p
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.\
Kabinet Thailand meluluskan cadangan untuk mengiktiraf kucing Siam sebagai simbol haiwan peliharaan kebangsaan, bertujuan untuk memelihara warisan dan meningkatkan potensi ekonomi
Menerusi laporan Bangkok Post, keputusan telah dibuat susulan cadangan Jawatankuasa Identiti Kebangsaan, adalah berdasarkan bukti sejarah dan genetik tentang ciri-ciri unik haiwan itu.
Kucing Siam telah menjadi bahagian penting dalam budaya Thailand selama berabad-abad, dipaparkan dalam tradisi, cerita rakyat dan kehidupan seharian.
Dikenali dengan rupa tersendiri yang unik dan mesra, ia telah menjadi sumber kebanggaan negara tersebut.
Minat antarabangsa terhadap kucing Siam semakin meningkat dengan penternak berusaha untuk mendaftarkan baka tulen dan menetapkan piawaian.
Oleh sebab itu, langkah melindungi warisan kucing Siam kini menjadi keutamaan untuk mencegah tuntutan asing.

Berpotensi merangsang industri kreatif, pelancongan dan budaya Thailand
Pengiktirafan rasmi dijangka akan menggalakkan pemuliharaan, penyeragaman dan penggunaan yang lebih meluas dalam kalangan peminat haiwan peliharaan.
Langkah ini juga bertujuan untuk melindungi hak pemilikan dan mencegah pendaftaran asing.
Ia dilihat sebagai peluang untuk merangsang industri kreatif, pelancongan dan eksport budaya yang dikaitkan dengan kucing Siam.
Kementerian Kebudayaan menyokong rancangan itu, melihatnya sebagai langkah penting dalam memelihara identiti Thailand dan memastikan kucing-kucing ikonik ini berkembang maju di peringkat tempatan dan global.
Pada masa ini, terdapat lima baka tulen kucing Siam iaitu Suphalak, Korat, Wichienmas, Konja dan Khao Manee.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 