Kucing Curi Ikan Tunjuk Isyarat Selamatkan 5 Beranak Daripada Kebakaran

Kejadian kebakaran tersebut telah membabitkan empat buah rumah di Kampung Solok Wan, Batu Pahat kelmarin.

Enlarge text
Cover ImageCover image via VNG & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lima beranak terselamat daripada kebakaran selepas melihat kelakuan seekor kucing melarikan ikan dan meletakkannya di luar rumah

Menerusi laporan Harian Metro, kucing itu dikatakan telah masuk ke rumah salah seorang mangsa kebakaran dan mengambil ikan di atas meja sebelum membawanya keluar, seolah-olah memberi isyarat bahawa rumah di sebelah sedang terbakar

Mangsa kebakaran, Muhammad Norsham Bibin, 31, berkata dia bersama isteri, Widyawati Niban, 40, berada di rumah bersama tiga anak yang ketika itu sedang tidur dalam bilik.

Secara tiba-tiba seekor kucing yang bukan peliharaannya memasuki rumah dan mengambil ikan sebelum meninggalkan di luar tanpa memakannya.

Katanya, dia tidak memikirkan apa-apa sehinggalah keluar untuk mengambil semula ikan tersebut lalu terpandang kepulan asap dari rumah bersebelahan.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Kenderaan dan basikal milik anak rentung terbakar

"Saya cukup tersentuh dengan kelakuan kucing ini. Kebiasaannya, haiwan ini datang rumah dan tak pernah usik apa juga makanan diletakkan atas meja.

"Tetapi pada hari kejadian, kucing ini melarikan ikan seolah-olah hendak memberitahu ada bencana sedang berlaku di rumah sebelah. Saya terus beritahu isteri yang rumah jiran sedang terbakar dan kami terus menarik tangan anak-anak keluar," katanya.

Lelaki itu memberitahu dia tetap bersyukur nyawa mereka sekeluarga masih terselamat walaupun gagal menyelamatkan semua harta benda.

"Saya bersyukur kerana asbab kucing, saya sekeluarga terselamat. Tiada siapa menjangkakan, kucing itu datang bukan nak makan, tapi nak beritahu kami apa yang sedang berlaku.

"Jika tidak saya pun tidak tahu apa nasib kami sekeluarga. Kebakaran itu turut menyebabkan Proton Iswara Aeroback dan basikal anak-anak ke sekolah rentung.

"Saya reda dengan ujian ini, yang penting semua ahli keluarga walaupun semua peralatan termasuk kelengkapan persekolahan anak-anak musnah sama sekali," ujarnya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Berlaku gangguan elektrik pada malam sebelum kejadian

Seorang lagi mangsa, Mohd Razib Ibrahim, 37, berkata dia mendapat tahu rumahnya terbakar kira-kira 10 minit selepas keluar ke tempat kerja.

"Saya dan isteri tidak sempat menyelamatkan apa-apa, yang tinggal baju dipakai ketika ke tempat kerja. Apabila diberitahu jiran, saya segera pulang namun api sudah membesar.

"Pada malam sebelum kejadian, berlaku gangguan elektrik di rumah namun berjaya dipulihkan. Tapi, saya tidak sangka ia berakhir dengan berita mendukacitakan," katanya.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Norazizan Awang berkata seramai 19 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 8.53 pagi.

"Kebakaran membabitkan lima rumah dengan empat daripadanya musnah sama sekali. Anggota bomba bertindak melakukan pemadaman sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 9.20 pagi.

"Selain rumah, sebuah kereta turut terbakar. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.58 pagi dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: