Kuala Lumpur Bakal ‘Lockdown’ Ketika Trump & Pemimpin Dunia Lain Datang Ke Malaysia

Malaysia akan menjadi tuan rumah Asean Summit ke-47 minggu hadapan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Wikipedia & JSPT Kuala Lumpur
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pusat bandar Kuala Lumpur akan lockdown sepenuhnya sempena Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-47 minggu hadapan

Perkara ini dijangka dilaksanakan susulan kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan beberapa pemimpin dunia yang lain.

Menerusi laporan New Straits Times, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa polis akan mula membuat pengawasan pada tahap tertinggi dari 23 Oktober hingga 28 Oktober ini.

"Polis akan mengerahkan kira-kira 16,000 anggota polis dari seluruh negara terutama dari negeri sempadan ke Kuala Lumpur mulai 23 Oktober ini bagi memudahkan dan melancarkan lalu lintas.

"Pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya dan polis tidak akan berkompromi untuk keselamatan," katanya.

SAYS.com
Image via NSTImage via

Beberapa pemimpin dunia hadir sebagai Rakan Dialog Sektoral

Tambahnya, presiden Brazil, Afrika Selatan, dan beberapa pemimpin dunia lain akan hadir untuk menjadi Rakan Dialog Sektoral kepada Asean. Cyprus dan Finland juga akan menjadi rakan dialog Asean.

Sekitar 70 sekolah akan mengadakan kelas dalam talian dan penjawat awam yang bekerja dalam radius 25 km dari pusat bandar akan bekerja dari rumah semasa sidang kemuncak itu.

Untuk rekod, Presiden AS, Donald Trump dijangka menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47 pada 26 Oktober depan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: