KTMB Sedia 186 Tren Tambahan Sempena Hari Raya Aidiladha, Tiket Mula Dijual 9 Mei

Perkhidmatan tambahan itu akan disediakan bagi tempoh 22 Mei hingga 7 Jun 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via KTMB
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan 186 tren tambahan melibatkan perkhidmatan ETS dan EMUPlus sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan cuti persekolahan akan datang

Perkhidmatan tambahan ini akan disediakan bagi tempoh 22 Mei hingga 7 Jun 2026, sebagai usaha untuk menampung peningkatan permintaan penumpang.

Penyediaan tren tambahan ini adalah melibatkan kapasiti keseluruhan sebanyak 58,380 tempat duduk. Antara laluan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. KL Sentral – Ipoh – KL Sentral
  2. KL Sentral – Butterworth – KL Sentral
  3. KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral
  4. KL Sentral – JB Sentral – KL Sentral
  5. Klang – Ipoh – Klang (EMU Plus)

Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pada 9 Mei 2026 (Sabtu), jam 12.00 tengah hari.

Butiran bagi operasi perkhidmatan ETS dan EMUPlus tambahan ini adalah seperti berikut:

SAYS.com
Image via KTMB

Jadual Tren ETS tambahan yang bermula pada 22 Mei adalah seperti berikut:

SAYS.com
Image via KTMB

KTMB sebelum ini telah mengumumkan pembukaan jualan tiket tren khas Ekspres Lambaian Aidiladha ke Pantai Timur pada 24 April lalu

Perkhidmatan khas tersebut melibatkan dua (2) perjalanan tren khas dengan jumlah keseluruhan sebanyak 912 tiket ditawarkan.

Sehingga kini, sebanyak 447 tiket telah berjaya terjual sekali gus menunjukkan sambutan positif daripada pengguna terhadap perkhidmatan khas yang disediakan.

Dalam masa sama, sebagai tawaran istimewa kepada pengguna sektor Pantai Timur, KTMB turut menawarkan diskaun sebanyak 30% bagi tren ELA 1029 dari Tumpat ke KL Sentral untuk kategori tempat duduk Superior Seater melibatkan 274 tempat duduk terhad mulai 11 Mei 2026 jam 10.00 pagi, dengan harga tiket serendah RM56 selepas diskaun berbanding tambang asal RM80.

Orang ramai disaran untuk merancang perjalanan dan pembelian awal melalui aplikasi KTMB Mobile, KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB atau di kiosk tiket di stesen terpilih.

Para pengguna juga disarankan untuk tiba awal di stesen bagi memudahkan urusan dokumentasi di pintu masuk.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik