KTMB Panjangkan Tempoh Diskaun 30% Untuk Semua Laluan ETS Sepanjang Ramadan Ini
Potongan harga tersebut hanya terpakai untuk perjalanan dari Isnin hingga Khamis sahaja.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melanjutkan diskaun 30% untuk semua laluan ETS bagi membantu rakyat Malaysia pulang ke rumah semasa Ramadan
Dalam satu kenyataan pada Ahad, 22 Februari, KTMB berkata promosi ini sah untuk perjalanan dari hari Isnin hingga Khamis sahaja sehingga 12 Mac ini.
Dalam kata lain, diskaun ini terpakai untuk perjalanan pada tarikh berikut:
– 23 hingga 26 Februari
– 2 hingga 5 Mac
– 9 hingga 12 Mac
KTMB memaklumkan pengguna boleh menebus tawaran menggunakan kod promosi RAMADAN30 dan MUBARAK30.
Diskaun ini terpakai untuk tren dengan laluan berikut:


Tiket boleh dibeli melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman web rasmi KTMB atau di kiosk tiket di seluruh negara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

MOST READ


Cover image via 