Mula-Mula Tiada, Lepastu Ada. Ini 8 Kenyataan Putar Belit UMNO Tentang Derma RM2.6 Bilion
Jika orang tanya dapat duit banyak-banyak dari mana? Apa akan anda jawab? Hanya UMNO boleh beri jawapan.
Cover image via SAYSPada 3 Julai 2015, kecoh satu Malaysia apabila berita mengenai RM2.6 bilion dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
**The Wall Street Journal** melaporkan bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
Image via www.freemalaysiatoday.com
Selepas isu ini kecoh, berikut adalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib dan seteru UMNO beliau:
Kenyataan #1: Datuk Ahmad Maslan nafi Najib terima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi
Kenyataan #2: Menyatakan ia adalah konspirasi pembangkang
Selepas isu itu menjadi viral, Najib mendakwa bahawa beliau difitnah dan ia mungkin juga konspirasi dari pembangkang yang ingin menjatuhkannya.
Walaupun begitu, tiada sebarang bukti yang mengatakan ini adalah strategi pembangkang untuk menjatuhkan Najib.
Image via zouldahanblog.blogspot.my
Kenyataan #3: Ingin mengeluarkan saman terhadap Wall Street Journal
Kedengaran juga selepas isu itu menjadi buah mulut orang ramai, Najib hendak mengenakan saman terhadap **Wall Street Journal** kerana baginya itu adalah satu fitnah yang ingin menjatuhkan imej dirinya sebagai pemimpin negara.
Bagaimanapun, ternyata tiada sebarang saman dibuat oleh Najib. Adakah ini bermaksud Najib mengakui laporan yang dibuat **WSJ**?
Image via utusandaily.blogspot.my
Kenyataan #4: Tiba-tiba mengaku ada RM2.6 bilion tapi itu bukan duit rakyat mahupun 1MDB
Selepas isu tersebut menjadi bualan ramai, ada yang mendakwa itu sebenarnya adalah duit rakyat yang 'dirompak' kerajaan selama ini dan ada juga yang mengatakan ia adalah wang dari akaun 1MDB yang turut menjadi isu hangat ketika itu.
Tetapi, Najib tetap menafikan tuduhan tersebut.
Image via wargamarhaen.blogspot.my
Kenyataan #5: Mengaku terima wang tersebut tetapi ia sebenarnya duit derma
Dan setelah isu itu menjadi viral, Najib akhirnya mengaku bahawa memang beliau menerima sejumlah wang tersebut tetapi hanyalah atas sebab derma dan tiada kena-mengena dengan wang rakyat seperti yang didakwa.
Kenyataan #6: Memberitahu bahawa duit derma tersebut datang dari kerajaan Arab Saudi
Najib akhirnya mendedahkan bawah dana itu disumbang oleh kerajaan Arab Saudi tanpa niat lain selain sebagai tanda penghargaan negara tersebut kepada Malaysia yang memperjuangkan Islam.
Dalam perjumpaannya itu, Zahid memberitahu Malaysia bukan satu-satunya negara yang mereka salurkan sumbangan tetapi terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang turut mereka beri derma.
Image via www.themalaysianinsider.com
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata itu adalah perkara biasa dan bukanlah isu yang besar.
Kenyataan #7: Guna dana untuk kemajuan parti
Menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdapat tiga sebab mengapa 'dana khas' ini diberi.
**1.** Pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.
**2.** Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar.
**3.** Derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum
Setelah itu, Najib memberitahu bahawa dana tersebut akan digunakan untuk kemajuan parti.
Image via www.astroawani.com
Kenyataan #8: Duit derma dipulangkan semula. Hmmm kenapa?
Dan semalam media melaporkan bahawa Najib memulangkan semula sebahagian besar dana Rm2.6 bilion yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Menurutnya lagi, berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, beliau berpuas hati bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.
Image via imgur.com
Menariknya, kerajaan Arab Saudi tidak mengetahui sebarang berita mengenai derma ini. Eh?
Pulak dah?


