“Kreatif” – Guru Lelaki Buat Keceriaan Kelas Guna Gambar Murid Ini Raih Pujian Ramai
Kenapa lah dulu tak pernah terfikir nak buat macam ini.
Cover image via @cekguzul (TikTok)Umum sedia maklum, pertandingan keceriaan kelas merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga sekolah
Teringat ketika berada di zaman bersekolahan, guru-guru pasti merupakan antara individu yang paling bersemangat apabila berlangsungnya acara keceriaan kelas.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, tindakan seorang guru lelaki yang mencetak semua gambar anak murid-muridnya demi keceriaan kelas telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu bawah:
Cetak gambar setiap murid dengan kertas saiz A4
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @cekguzul di TikToknya, gelagat seorang guru lelaki yang sanggup mencetak gambar setiap seorang murid-murid di kelasnya dengan saiz A4 jadi tumpuan ramai.
Apa yang lebih menarik lagi adalah apabila tugasan keceriaan tersebut turut mendapat sokongan dan semangat daripada para pelajar.
Rata-rata warganet turut memuji dan berkongsi pengalaman mereka ketika berada pada zaman persekolahan.
Image via @cekguzul (TikTok)
Image via @cekguzul (TikTok)
Image via @cekguzul (TikTok)
"Nampak riak wajah happy budak-budak itu" – Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji hasil tangan guru lelaki itu dan murid-muridnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 563.5K tontonan, 69.6K tanda suka dan 1.6K komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @cekguzul (TikTok)
Image via @cekguzul (TikTok)
Image via @cekguzul (TikTok)
Rasa macam nak deko bilik sendiri je lah 😀
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

