“Cleotapir. Tapirwer” – Kelakar Betul Netizen Bagi Cadangan Nama Anak Tapir Betina Ni
Manalah anda dapat idea-idea kreatif ni?
Cover image via Twitter @PerhilitanTahukah anda bahawa Tapir merupakan salah satu haiwan terancam di Malaysia?
Terdapat banyak sebab bilangan haiwan ini semakin berkurangan namun, punca utamanya adalah kerana kemusnahan habitat serta ditangkap dan dijual secara haram.
Selain tapir, antara haiwan terancam lain di Malaysia adalah harimau malaya, gajah kerdil borneo, orang utan, kancil, ungka, seladang, kambing gurun, bayau dan lain-lain.
Jika dibiarkan perkara ini berterusan, tidak mustahil haiwan-haiwan terancam ini akan menerima nasib sama seperti badak sumbu sumatera yang telah pupus di Malaysia.
Terbaru, [Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)] (https://twitter.com/PERHILITAN/status/1219560932596015105) mengumumkan kelahiran seekor anak tapir betina di laman Twitter mereka pada 21 Januari 2020
Sebelum ini, Perhilitan turut mengumumkan kelahiran seekor anak tapir jantan pada November 2019 yang diberi nama Beradek mengikut nama 'ibu bapanya' iaitu Bera dan Gadek.
Susulan itu, kelihatan ramai warganet yang teruja untuk memberikan cadangan nama pilihan mereka
Selain itu, ada juga warganet yang kreatif apabila memberikan cadangan nama mengikut trend terkini
Wah, semua nama yang dicadangkan memang best! Apa-apapun, semoga anak tapir ini akan membesar dengan sihat.
Image via Giphy
LIKE [Facebook]
(https://www.facebook.com/SAYSSeismik/?ref=aymt_homepage_panel) dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ

