KPM Umum Cuti Tambahan Sebanyak Dua Hari Berturut-Turut Sempena Raya Deepavali 2025
Selamat bercuti para pelajar dan guru di seluruh Malaysia!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita baik untuk pelajar dan guru di seluruh negara! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan dua hari sempena perayaan Deepavali 2025 yang jatuh pada Isnin, 20 Oktober 2025
Menerusi laporan Sinar Bestari dan rujukan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026, cuti tambahan ini melibatkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Sarawak, bagi memberi peluang warga sekolah yang terlibat menyambut perayaan Deepavali bersama keluarga dan rakan tersayang.

Cuti tambahan ini melibatkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Sarawak.
Image via Sinar BestariBerikut jadual cuti tambahan yang diumumkan KPM seperti dikongsi dalam Kalendar Akademik Sesi 2025/2026:
1) Kumpulan A: Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bercuti pada 19 Oktober (Ahad) dan 21 Oktober (Selasa).
2) Kumpulan B: Sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bercuti pada 21 Oktober (Selasa) dan 22 Oktober (Rabu).
3) Manakala Sarawak (Kumpulan B) pula akan bercuti sehari sahaja iaitu pada 20 Oktober (Isnin).

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroWarga sekolah bakal menikmati lima hari cuti berturut-turut
Sehubungan dengan itu, warga sekolah berpeluang pulang ke kampung, ziarah rakan atau sekadar berehat di rumah sebelum menyambung sesi persekolahan nanti.
Untuk info, bagi masyarakat beragama Hindu, Deepavali atau Diwali merupakan perayaan yang penuh makna. Ia disambut bukan sekadar sebagai tradisi kebudayaan, tetapi juga sebagai simbol kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan pengetahuan mengatasi kejahilan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Bernama via NSTPLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 