KPM Umum Cuti Tambahan Hari Rabu, 18 Mac Ini Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026
Difahamkan, cuti tambahan itu diberikan kepada semua sekolah di seluruh negara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada Rabu depan kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan yang sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri.
"Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah-sekolah dalam Kumpulan A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac, manakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B pula diperuntukkan dua hari cuti tambahan iaitu pada 19 dan 20 Mac (Khamis dan Jumaat).
"Tambahan cuti ini diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dalam suasana yang teratur.
"Ia seiring dengan hasrat KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan," katanya dalam satu kenyataan rasmi malam ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 