KPM Sasar Semua Sekolah Bakal Guna Smartboard Menjelang Tahun 2027

Ia sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memperkukuhkan penggunaan teknologi digital dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam sistem pendidikan negara.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua sekolah di seluruh negara akan dilengkapi dengan kemudahan papan pintar atau smartboard menjelang tahun 2027

Menerusi laporan Kosmo, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memperkukuhkan penggunaan teknologi digital dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam sistem pendidikan negara.

"Kita berharap sasaran (semua sekolah di seluruh negara dilengkapi smartboard) menjelang 2027 akan dapat dicapai.

"Namun kita juga bersedia dengan pelan sokongan lain termasuk menaik taraf pusat kegiatan guru sebagai pusat kecemerlangan untuk teknologi pendidikan," katanya.

Image via Sinar Harian

Peranan guru tetap menjadi peneraju penting dalam pendidikan

Dalam pada itu, dalam masa dua tahun, KPM akan memastikan 'smartboard' dipasang di kesemua lebih 10,200 buah sekolah di seluruh negara.

Menurut Fadhlina, Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mencapai 100 peratus penggunaan smartboard di kesemua 396 sekolah di negeri ini.

Meskipun, teknologi memainkan peranan penting dalam memperkasa sistem pendidikan, namun peranan guru tidak pernah tergugat dan kekal sebagai elemen terpenting dalam pembentukan sahsiah dan moral pelajar.

"Teknologi tidak boleh mengambil alih peranan guru. Guru tetap peneraju dalam mendidik anak-anak kita dan memastikan nilai, integriti serta akhlak pelajar terus terpelihara," katanya.

Image via Kosmo

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: