KPM Mohon Maaf Isu Kesilapan Paparan Jalur Gemilang – “Tindakan Tegas Akan Diambil”
Difahamkan, paparan kesilapan Jalur Gemilang itu telah dijana menggunakan AI.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan maaf susulan kesilapan pada imej Jalur Gemilang yang dikeluarkan oleh agensi itu hari ini
Menurut kenyataan yang dikeluarkan KPM, imej tersebut dapat ditemui melalui Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikeluarkan KPM hari ini.
"Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.
"Tindakan tegas dan serta merta telah diambil ke atas semua yang terlibat. Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan.
"Laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan," kata kenyataan itu.
Image via Facebook
Kesilapan jelas kelihatan disebabkan imej tersebut merupakan hasil dari janaan AI
Hasil pengedaran Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM hari ini, imej tersebut telah tular di media sosial dan menjadi perbualan ramai.
Kesilapan jelas kelihatan disebabkan imej tersebut telah dijana menggunakan perisian kecerdasan buatan (AI) yang dipaparkan pada muka surat 14 dan 15 laporan tersebut.
Paparan itu menunjukkan Jalur Gemilang yang tidak mengikut reka bentuk sepatutnya dilihat digantung di bahagian hadapan sebuah bilik darjah.
Image via Facebook
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 