Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan, Tiada Sebarang Tindakan Boleh Diambil – KPDNKK

Pastikan tengok harga dulu sebelum makan ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @FeyqaMaria
Logo

Baru-baru ini viral di laman Twitter apabila seorang pengguna laman sosial tersebut berkongsi gambar resit bayaran makanan selepas menjamu selera di sebuah kedai makan tepi jalan

Pengguna Twitter yang menggunakan tweethandle @FeyqaMaria itu terkejut dengan harga makanan yang dimakan olehnya dan suami mencecah RM100 untuk dua pinggan nasi.

Gambar berserta caption "Weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung" mendapat pelbagai reaksi netizen melalui laman sosial tersebut. 

Namun, semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular itu adalah benar dan tidak salah

Menurut pengarahnya, Sharuddin Jali yang menjalankan siasatan, harga yang dikenakan adalah berpatutan berikutan harga udang galah juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.

"Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.

"Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan," katanya seperti yang dilaporkan BERNAMA.

Katanya lagi, tiada sebarang tindakan yang boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan selepas siasatan

Beliau kemudiannya menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga makanan yang dipamerkan sebelum mengambil lauk-pauk tersebut.

Pada pendapat anda, adakah harga makanan yang dimakan oleh wanita ini sangat mahal? Kongsikan bersama kami di ruang komen di bawah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini:

Lagi artikel menarik di SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: