KPDN Bakal Lancar Aplikasi Imbas Kod QR, Elak Warga Asing Beli Minyak Paket Bersubsidi

Isu pembelian minyak masak paket bersubsidi dan RON95 daripada warga asing sering dilihat terjadi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Fuziah Salleh (Facebok) & NST
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menangani isu minyak masak paket bersubsidi yang dibeli warga asing

Menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata ketika ini sistem itu masih sedang diuji sebelum boleh dilaksanakan di seluruh negara.

"Kita sedar apa yang dikhuatiri adalah warga asing mendapat akses kepada barang kawalan seperti minyak masak, gula, petrol dan banyak lagi.

"Setiap satu barang kawalan ini ada masalah unik masing-masing, tetapi setakat ini bekalan gula mencukupi, jadi ia tak terlalu menjadi isu.

"Namun untuk minyak masak paket, ia jadi isu kepada rakyat Malaysia kerana mereka susah nak akses apabila warga asing yang membelinya.

"Jadi apa KPDN sedang lakukan adalah membangunkan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) merangkumi semua rantaian termasuk pemborong, peruncit hingga kepada pengguna," katanya.

SAYS.com

Datuk Dr Fuziah Salleh dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mewakili KPDN di Dewan Negara, semalam.

Image via Fuziah Salleh (Facebook)

Sistem yang sama turut bakal diterapkan dalam pembelian RON95

Tambah Dr Fuziah, sistem tersebut juga akan digunakan dalam pembelian petrol di mana masih lagi ada isu warga asing membeli RON95.

"Insya-Allah tak lama lagi bagi pembelian RON95, akan guna pendekatan sama iaitu mesti ada semakan kad pengenalan di stesen minyak.

"Ini perancangan kita akan datang dalam usaha melindungi barang kawalan subsidi supaya tak mengalir kepada warga asing dengan setiap satu daripadanya (barang kawalan) ini ada strategi (pelaksanaan) berbeza," katanya.

Mengulas lanjut mengenai aplikasi itu, katanya pengguna mesti mengimbas Mykad dan hanya dibenar membuat pembelian apabila disahkan warganegara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: