Kos Kahwin Di Malaysia Antara Tertinggi Di Asia Tenggara, Boleh Cecah Sehingga RM200,000!
Sebagai perbandingan, perkahwinan di Kemboja dan Filipina adalah jauh lebih berpatutan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kos mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia dilihat semakin meningkat apabila ia dilihat menjadi antara yang tertinggi di Asia Tenggara
Menerusi laporan The Sun, Profesor Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata faktor inflasi, peningkatan kos tempahan venue dan katering serta tekanan dari orang ramai menyebabkan pasangan pengantin terpaksa berbelanja sehingga RM50,000 ke RM200,000 hanya untuk melangsungkan majlis perkahwinan.
"Perbelanjaan perkahwinan Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asean, dengan kos purata antara RM50,000 hingga RM200,000.
"Sebagai perbandingan, perkahwinan di Kemboja dan Filipina adalah jauh lebih berpatutan, dengan purata masing-masing sekitar AS$15,000 (RM71,000) dan AS$4,800 (RM22,800)," katanya.
Kajian menadapati pasangan berbangsa Cina lebih cenderung memperuntukkan dana untuk lokasi majlis dan katering yang mewah manakala pasangan berbangsa Melayu dan India sering berbelanja lebih untuk hiasan dan kuantiti jemputan.
Membawa kesan kepada masalah kewangan apabila terpaksa berhutang
Disebabkan kos yang terlalu tinggi, ramai dalam kalangan pasangan baru berkahwin terpalit dengan masalah kewangan kerana terpaksa berhutang bagi membiayai majlis perkahwinan mereka.
"Ada yang membuat pinjaman peribadi atau mengumpul hutang kad kredit antara RM30,000 hingga RM100,000.
"Yang membimbangkan, Jabatan Insolvensi Malaysia telah mengaitkan beban kewangan berkaitan perkahwinan dengan peningkatan kes muflis dalam kalangan anak muda Malaysia," katanya.
Tambah Dr Nik Maheran, perkara ini telah menjadi antara faktor ramai pemuda dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Cina menangguhkan perkahwinan.
"Statistik menunjukkan bahawa kadar perkahwinan dalam kalangan warga Cina Malaysia telah menurun dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurun daripada 9.8 setiap 1,000 pada 2016 kepada hanya 6.6 pada 2022. Trend ini terus menurun pada 2024," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 