Korea Festival Kimchi 2025 Kini Di K-Plus Food Market – “Kimchi Lovers Wajib Datang!”

Korea Kimchi Festival 2025 bermula 8 hingga 16 November ini bertempat di K-Plus Food Market, The Curve, Mutiara Damansara.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Korea Kimchi Festival 2025
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keunikan dan keaslian budaya Korea kini dapat dinikmati lebih dekat oleh rakyat Malaysia menerusi Korea Kimchi Festival 2025, yang sedang berlangsung di K-Plus Food Market, The Curve, Mutiara Damansara bermula 8 hingga 16 November depan

SAYS.com
Image via Korea Kimchi Festival 2025

Acara tahunan ini dianjurkan oleh Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation (aT Center) di bawah Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea (MAFRA) dengan kerjasama KMT Food & Beverage Sdn. Bhd., sebagai usaha memperkukuh hubungan budaya dan gastronomi antara Korea dan Malaysia.

Bagi masyarakat Korea, kimchi bukan sekadar makanan, tetapi simbol ketekunan dan warisan turun-temurun yang mencerminkan semangat serta falsafah kehidupan mereka. Kini, cita rasa unik ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

"Kami berbesar hati dapat memperkenalkan kimchi kebanggaan rakyat Korea kepada masyarakat Malaysia. Harapan kami agar mereka turut menghargai rasa serta nilai budaya yang terkandung di dalamnya," ujar Datuk Matthew Lee, Pengerusi KMT Group of Companies.

Turut hadir, Chang Chung Ho, Pengarah aT Center Kuala Lumpur, menegaskan semua produk yang dipamerkan dan dijual di festival ini mempunyai pensijilan halal, bagi memastikan ia mesra pengguna Muslim di Malaysia.

SAYS.com
Image via Korea Kimchi Festival 2025

Festival yang berlangsung selama 9 hari ini menawarkan pelbagai pengalaman menarik kepada pengunjung antaranya:

  • Demonstrasi pembuatan kimchi secara langsung oleh Madam Yoo Jung Im, First Certified Kimchi Master dari Korea, yang berkongsi rahsia fermentasi dan falsafah di sebalik penyediaan kimchi tradisional.
  • Sesi rasa dan jualan promosi pelbagai jenis kimchi premium yang diimport terus dari Korea, menggunakan bahan semula jadi berkualiti tinggi.
  • Zon budaya interaktif yang membawa pengunjung menelusuri sejarah dan evolusi kimchi dari kaedah pengawetan zaman dahulu hingga statusnya kini sebagai makanan terbaik kaya probiotik dan antioksidan turut disediakan.


Lebih daripada sekadar pesta rasa, festival ini turut menjadi platform pertukaran budaya yang memperlihatkan bagaimana makanan mampu menyatukan dua bangsa berbeza. Keaslian resipi tradisional Korea disatukan dengan cita rasa tempatan dalam suasana yang mesra keluarga.

SAYS.com
Image via Korea Kimchi Festival 2025

Kimchi bukan lagi sekadar lauk sampingan malah menjadi bahan utama dalam pelbagai hidangan moden seperti nasi goreng kimchi, stew dan sup Korea yang digemari ramai penggemar K-food di Malaysia.

Selepas penganjuran di The Curve, promosi khas kimchi akan diteruskan di pasar raya terpilih seperti AEON, Village Grocer, TFM dan Seibu TRX sehingga 23 November 2025, membolehkan rakyat Malaysia membawa pulang rasa autentik Korea ke meja makan sendiri.

"Festival ini membuktikan bahawa makanan mampu merapatkan jurang budaya. Ia bukan sekadar rasa, tetapi warisan dan kasih antara dua negara," tambah Chang.

Korea Kimchi Festival 2025 bukan hanya tentang makanan tetapi ia adalah tentang pengalaman, budaya dan cinta terhadap cita rasa yang menghubungkan hati rakyat Malaysia dan Korea melalui sepinggan kimchi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: