Konvoi Bantuan Arab Saudi Bawa Makanan & Susu Bayi Kini Tiba Di Semenanjung Gaza

Bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief).

Enlarge text
Cover ImageCover image via SPA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konvoi bantuan terbaharu Arab Saudi kini tiba di Semenanjung Gaza membawa bakul makanan dan susu bayi

Menerusi laporan Saudi Press Agency (SPA), bantuan ini merupakan sebahagian daripada usaha bantuan kemanusiaan berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk menyokong rakyat Palestin.

Bantuan yang disalurkan oleh Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) itu bertujuan memenuhi keperluan asas kanak-kanak dan keluarga yang terjejas akibat krisis kemanusiaan yang semakin meruncing, serta memperkukuh keselamatan makanan di tengah-tengah kebuluran di wilayah berkenaan.

Pusat Kebudayaan dan Warisan Arab Saudi, selaku rakan pelaksana KSrelief di Gaza, telah menerima konvoi itu sebagai persediaan untuk pengagihan segera bantuan kepada keluarga penerima di pelbagai kawasan.

SAYS.com
Image via SPAImage via

Melepasi sempadan Rafah pada 28 September

Terdahulu, konvoi penghantaran bantuan dari Arab Saudi tersebut telah merentasi sempadan Rafah pada 28 September lalu.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada kempen yang dilancarkan untuk memberikan bantuan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Ia mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk meringankan penderitaan mereka serta mengurangkan kesan situasi kemanusiaan semasa.

SAYS.com
Image via SPA

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: