Konsert My Chemical Romance Di Kuala Lumpur Ditunda Ke November 2026, Tiket Kekal Sah
Penganjur mengesahkan bahawa pemegang tiket sedia ada tidak perlu menukar atau mengesahkan semula tiket mereka.
Cover image via Hello UniverseFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Konsert My Chemical Romance (MCR) di Kuala Lumpur yang dinanti-nantikan kini dijadualkan semula pada 19 dan 20 November 2026 disahkan penganjur, Hello Universe
Walaupun berlaku perubahan tarikh, peminat yang telah membeli tiket tidak perlu menukar atau mengesahkan semula tiket mereka, sekali gus meredakan kebimbangan dalam kalangan pemegang tiket sedia ada.
Kumpulan rock ikonik dari Amerika Syarikat yang terkenal menerusi lagu seperti Welcome To The Black Parade dan I'm Not Okay bakal membuat penampilan pertama mereka di Malaysia selepas hampir dua dekad.
Persembahan di Kuala Lumpur ini merupakan sebahagian daripada jelajah global Long Live The Black Parade, melibatkan beberapa lokasi utama di Asia Tenggara.
Kuala Lumpur kekal destinasi utama jelajah Asia Tenggara
Menariknya, Kuala Lumpur kekal sebagai satu-satunya bandar di Asia Tenggara yang menjadi lokasi penganjuran dua malam berturut-turut bagi konsert My Chemical Romance dengan kapasiti terbesar di rantau ini.
Kedua-dua konsert akan berlangsung di lokasi yang sama dan mengikut susunan penganjuran yang telah diumumkan sebelum ini, dengan satu-satunya perubahan adalah tarikh baharu pada bulan November.
Tiket tidak perlu disahkan semula
Hello Universe mengesahkan bahawa semua tiket yang dibeli untuk tarikh asal akan kekal sah secara automatik bagi konsert yang dijadualkan semula pada November 2026.
Bagi pemegang tiket yang ingin membuat pertukaran, penganjur memaklumkan bahawa maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sebarang kemas kini berkaitan tiket dan penganjuran akan disalurkan terus kepada pemegang tiket oleh Hello Universe, selain dikongsikan melalui saluran rasmi media sosial penganjur.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

