Konsert Desaku Mendunia Meriah, MAWO Berjaya Pukau Penonton Dengan Bakat Luar Biasa
TPM yakin MAWO akan berjaya di Prague, Republik Czech sekaligus mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Cover image via Jabatan Komunikasi Stategik FELDAFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, Konsert Desaku Mendunia yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, RTM Angkasapuri baru-baru ini telah mencipta suasana penuh gemilang dan kebanggaan bagi komuniti FELDA
Persembahan utama daripada MAWO (MARESMAF Wind Orchestra), yang terdiri daripada 59 pelajar MRSM FELDA dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5, berjaya memukau penonton dengan bakat luar biasa dan semangat juang mereka.
Konsert ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan pencapaian anak FELDA, malah juga sebagai persiapan mereka mewakili Malaysia ke pertandingan International Festival of Wind Orchestra di Prague, Republik Czech, pada bulan Jun 2025.
Image via Jabatan Komunikasi Stategik FELDA
Image via Jabatan Komunikasi Stategik FELDA
Persembahan malam itu bukan hanya menampilkan orkestra muda yang penuh tenaga, tetapi turut diserikan oleh barisan artis hebat tanah air dan bakat-bakat FELDA yang semakin menonjol dalam dunia seni. Zam dan Along, bintang muda dari program Feel Da Starz yang menjadi kebanggaan FELDA, membuka pentas dengan persembahan yang bertenaga dan penuh jiwa.
Kemudian, Datuk Suhaimi bin Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, turut menyumbang persembahan istimewa bersama beberapa ahli Orkestra RTM, menambahkan kemeriahan malam tersebut dengan gabungan muzik dan seni persembahan profesional.
Persembahan diteruskan dengan suara legenda Dato' Jamal Abdillah, diikuti oleh penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah yang membawa emosi mendalam dalam setiap lagu. Malam itu disudahi dengan persembahan Yabang Khalifah yang memberikan warna tersendiri, menggabungkan elemen budaya FELDA dengan sentuhan moden.
Penyertaan MAWO yang menghimpunkan pelajar cemerlang dalam kalangan generasi muda FELDA, menjadi lambang kejayaan pendidikan holistik yang ditawarkan MARA kepada anak-anak peneroka
Image via Jabatan Komunikasi Stategik FELDA
Image via Jabatan Komunikasi Stategik FELDA
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penglibatan MAWO sebagai satu pencapaian besar bukan sahaja untuk MRSM Ulul Albab, malah turut mengharumkan nama FELDA, MARA, dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di pentas dunia.
"Mereka bukan sahaja mewakili MRSM atau FELDA, tetapi membawa nama negara. Saya doakan kejayaan mereka di Prague nanti.
"Ini merupakan satu manifestasi jelas bahawa pendidikan holistik dan pembangunan insaniah yang diterapkan di MRSM FELDA mampu melahirkan anak bangsa bertaraf dunia baik dalam bidang akademik, keusahawanan dan kini juga seni muzik," katanya selepas menyaksikan rakaman Konsert Desaku Mendunia dan Majlis Prapelancaran Mega Karnival 3 Dimensi.
Beliau yang juga Presiden UMNO turut melancarkan Pra-Pelancaran Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) yang menjadi simbol sinergi antara agensi kerajaan untuk memperkasa ekonomi luar bandar dan melonjakkan potensi usahawan desa sebagai pemacu kemajuan negara pada majlis sama.
Jangan lupa saksikan rakaman Konsert Desaku Mendunia yang akan disiarkan pada 31 Mei di TV2 jam 9 malam!
Sebahagian 59 pelajar MRSM FELDA dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5, berjaya memukau penonton dengan bakat luar biasa dan semangat juang mereka.
Image via Jabatan Komunikasi Stategik FELDA
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


