“Ingat Malaysia Baharu Ni Tak Gila Jawatan?” – KJ Dan Ahli Politik Lain Kritik Dr Maszlee
Ramai yang tidak berpuas hati dengan pelantikan tersebut.
Cover image via GoogleSemalam, 4 September, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik telah dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
Berita itu walau bagaimanapun telah menimbulkan tanda tanya orang ramai bukan sahaja di kalangan netizen bahkan ahli-ahli politik yang lain juga turut mempersoalkan mengapa seorang menteri boleh memegang jawatan di universiti di samping tanggungjawabnya sebagai Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Simpang Renggam.
Image via Facebook Academic Staff Association IIUM
Mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut meluahkan pendapatnya mengenai berita pelantikan Dr. Maszlee tersebut di laman Twitter peribadinya
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut meluahkan pendapat dalam laman Facebook miliknya dan mempersoalkan tindakan Dr. Maszlee yang sebelum ini bertekad tidak akan mencampuri urusan pentadbiran universiti.
Di samping itu, Ahli Palimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merasakan Dr. Maszlee perlu mengkaji semula keputusannya untuk menerima jawatan di universiti awam, manakala ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa beliau untuk menolak pelantikan barunya, menyatakan bahawa ia adalah "konflik kepentingan yang jelas".
Berikut adalah komen-komen dan pendapat orang ramai tentang pelantikan Dr. Maszlee sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
Pelantikan ini menimbulkan isu kerana ianya bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH)
Sebelum ini, PH telah menjanjikan autonomi serta membebaskan universiti awam daripada campur tangan politik, khususnya membabitkan lantikan Naib Canselor serta timbalannya.
Pelantikan ini juga bertentangan dengan kenyataan Dr. Maszlee yang berjanji akan memastikan universiti tidak disalah guna untuk kepentingan politik, termasuk oleh dirinya.
Image via NST
Apa-apa pun, kita tunggu komen Dr. Maszlee sendiri berkaitan perkara ini
Image via Giphy

