Minat Masakan Pantai Timur? Ikuti 14 Resipi Mudah Dan Menyelerakan Ini!
Khas untuk anda yang sukakan masakan tradisional Kelantan, Terengganu, dan Pahang.
Cover image via My Resipi1. Ayam Percik
Image via My Resipi
Minat ayam percik Kelantan-style? Cara membuatnya tidaklah serumit yang disangka dan memerlukan 10 bahan sahaja!
Dapatkan resipi penuh Ayam Percik di sini.
2. Ikan Patin Masak Tempoyak
Image via My Resipi
Untuk yang minat masakan Pahang, lengkapkan menu anda dengan hidangan wajib ini!
Dapatkan resipi penuh Ikan Patin Masak Tempoyak di sini.
3. Nasi Dagang
Image via My Resipi
Inginkan sarapan pagi yang special sedikit? Ikuti resipi nasi dagang yang dihidang bersama gulai ikan tongkol dan acar timun ini.
Dapatkan resipi penuh Nasi Dagang di sini.
4. Keropok Lekor
Image via My Resipi
Snek popular ini cukup mudah untuk dibuat sendiri dan sedap dihidang untuk minum petang.
Dapatkan resipi penuh Keropok Lekor di sini.
5. Daging Gulai Kawah
Image via My Resipi
Hidangan menyelerakan ini sesuai dibuat untuk makan tengah hari dan makan malam. Hidangkan daging berkuah ini dengan nasi putih panas-panas!
Dapatkan resipi penuh Daging Gulai Kawah di sini.
6. Nasi Air
Image via My Resipi
Hidangan ini mungkin nampak simple, tetapi rasanya ternyata padu hasil gabungan pelbagai ramuan seperti rempah ratus, daging direbus lembut dan topping seperti telur masin dan ikan bilis rangup.
Dapatkan resipi penuh Nasi Air di sini.
7. Ketupat Sotong Manis
Image via My Resipi
Sotong disumbat pulut ini dimasak di dalam santan untuk mendapatkan perisa yang lemak berkrim. Sedikit gula merah dan gula pasir juga digunakan untuk menyedapkan lagi kuahnya.
Dapatkan resipi penuh Ketupat Sotong Manis di sini.
8. Singgang Ikan Tongkol
Image via My Resipi
Resipi ringkas ini menggunakan ikan tongkol yang direbus bersama lengkuas, bawang putih, kunyit, cili padi, dan asam gelugor sehingga harum.
Dapatkan resipi penuh Singgang Ikan Tongkol di sini.
9. Sambal Hitam
Image via My Resipi
Menu masakan Pahang memang tidak complete tanpa semangkuk Sambal Hitam ini! Bahan-bahan yang digunakan termasuklah asam belimbing buluh, cili padi dan ikan bilis.
Dapatkan resipi penuh Sambal Hitam di sini.
10. Budu Tumis
Image via My Resipi
Sambal pelengkap ini sedap dimakan bersama lauk-pauk dan mengambil masa hanya 10 minit sahaja untuk dibuat!
Dapatkan resipi penuh Budu Tumis di sini.
11. Serunding Ayam
Image via My Resipi
Lauk versatil ini enak dimakan pelbagai cara – dimasak dengan telur dadar, dibuat sandwich, mahupun dimakan begitu sahaja!
Dapatkan resipi penuh Serunding Ayam di sini.
12. Lompat Tikam
Image via My Resipi
Dengan cara hidangannya yang sedikit berbeza, resipi ini memberikan sentuhan kemodenan kepada manisan tradisional yang biasa dihidangkan di Kelantan ini.
Dapatkan resipi penuh Lompat Tikam di sini.
13. Kuih Akok
Image via My Resipi
Walaupun secara tradisionalnya kuih akok ini dibakar di atas api dengan acuannya, resipi ini menunjukkan cara mudah untuk membuatnya di rumah menggunakan ketuhar dan muffin tray.
Dapatkan resipi penuh Kuih Akok di sini.
