8 Resipi Asam Pedas ‘Power’ Khas Untuk Anda Yang Minat Masakan Melayu
Sotong, tetel, ikan keli – semuanya ada!
Cover image via My ResipiAroma asam pedas yang tersendiri, ditambah pula dengan rasanya yang masam-masam pedas, menjadikannya antara lauk masakan Melayu paling digemari. Memang irresistible!
Image via Masak Makan
Tidak hairanlah kenapa ramai yang sanggup travel ke Melaka, Batu Pahat dan pelbagai lagi tempat semata-mata untuk menjamah semangkuk asam pedas.
Yang menariknya, lauk versatil ini boleh diubahsuai mengikut citarasa sendiri. Ada yang lebih sukakan tetel daripada ikan, ada pula yang lebih sukakan aroma daun limau purut daripada daun kesum. Ikuti 8 idea ini untuk dapatkan asam pedas yang perfect untuk anda:
1. Asam Pedas Tetel
Image via MyResipi
Tetel merupakan campuran daging yang selalunya terdiri daripada lemak, urat, dan tulang. Resipi yang menggunakan kepingan daging empuk berlemak ini menghasilkan rasa asam pedas yang cukup luar biasa. Memang padu!
Untuk resipi penuh Asam Pedas Tetel, klik sini.
2. Asam Pedas Sotong
Image via MyResipi
Tidak ramai yang menggunakan sotong untuk membuat asam pedas, tetapi sekali sudah cuba resipi ini, pasti nak lagi! Gunakan sotong segar dalam resipi ini untuk menyedapkan lagi lauk asam pedas anda.
Untuk resipi penuh Asam Pedas Sotong, klik sini.
3. Asam Pedas Ikan Keli
Image via MyResipi
Resipi Asam Pedas Ikan Keli ini pasti diminati orang Nogori! Asam pedas Negeri Sembilan-style ini dimasak dengan campuran pelbagai bahan seperti belacan dan kunyit dan diharumkan lagi dengan daun kesum.
Untuk resipi penuh Asam Pedas Ikan Keli, klik sini.
4. Asam Pedas Daging
Untuk yang lebih minat lauk berdaging berbanding seafood, cubalah resipi Asam Pedas Daging ini! Kuahnya yang likat dengan ketulan daging empuk menjadikannya begitu enak dinikmati dengan nasi.
Untuk resipi penuh Asam Pedas Daging, klik sini.
Image via MyResipi
5. Asam Pedas Kepala Ikan
Image via MyResipi
Kepala ikan merupakan antara pilihan paling popular untuk masakan asam pedas. Kepala ikan merah selalunya digunakan untuk resipi sebegini tetapi untuk sedikit kelainan, anda boleh juga menggunakan kepala ikan salmon.
Untuk resipi penuh Asam Pedas Kepala Ikan, klik sini.
6. Asam Pedas Berempah Ikan Tilapia
Image via MyResipi
Selain bahan-bahan asam pedas tradisional seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai, resipi ini menggunakan campuran rempah ratus seperti jintan putih dan serbuk ketumbar untuk memperkayakan lagi rasa asam pedas.
Untuk resipi penuh Asam Pedas Berempah Ikan Tilapia, klik sini.
7. Asam Pedas Telur
Image via MyResipi
Mungkin tidak ramai yang tahu telur rebus sebenarnya cukup sedap apabila dimasak sebagai asam pedas. Tambah sedikit sayuran segar seperti bendi dan anda akan dapatkan hidangan yang begitu ringkas untuk dimasak tetapi sedap dimakan!
Untuk resipi penuh Asam Pedas Telur, klik sini.
8. Asam Pedas Ayam
Image via MyResipi
Untuk anda yang lebih sukakan lauk ayam, jangan risau – ikuti resipi asam pedas yang dimasak dengan ayam dan kentang ini. Gunakan ketulan ayam yang bertulang untuk memberikan kuah asam pedas anda lebih oomph!
Untuk resipi penuh Asam Pedas Ayam, klik sini.
