Koleksi Khas UT Sempena Ulang Tahun Ke-30 Tamagotchi Kini Di UNIQLO Malaysia
Koleksi ini diperkenalkan khas sempena sambutan ulang tahun ke-30 fenomena ikonik, Tamagotchi.
Cover image via UNIQLO MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gedung pakaian global, UNIQLO, menjemput peminat daripada pelbagai lapisan usia untuk mengimbau kembali kegembiraan menjaga haiwan peliharaan digital melalui pelancaran koleksi UT terbaharu
Koleksi yang diperkenalkan khas sempena sambutan ulang tahun ke-30 fenomena ikonik, Tamagotchi ini menggabungkan estetika seni piksel retro dengan keselesaan pakaian harian LifeWear yang moden.

Mengimbau memori era 90-an, tampilkan grafik piksel sempurna dan motif yang ceria
Umum sedia maklum, pada tahun 1996, Bandai telah memperkenalkan Tamagotchi iaitu sebuah peranti digital berbentuk telur yang telah memikat hati jutaan pengguna di seluruh dunia. Hari ini, teman digital kesayangan ramai itu menjadi inspirasi kepada rangkaian koleksi UT yang menampilkan grafik piksel sempurna dan motif yang ceria.
Koleksi ini menghidupkan semula nostalgia Tamagotchi melalui rekaan seni piksel klasik yang memaparkan kerangka asal Tamagotchi generasi pertama serta antaramuka permainan vintaj. Antara watak popular yang menghiasi koleksi ini termasuklah:
- Mametchi
- Kuchipatchi
- Ginjirotchi
- Mimitchi
- Pochitchi
Beberapa helaian terpilih turut diperindahkan dengan butiran sulaman serta cetakan di bahagian belakang yang meraikan fasa kehidupan ikonik Tamagotchi iaitu bermula daripada bentuk telur sehinggalah ia menetas.

Permainan mini eksklusif: "Tamago Catch" secara atas talian
Bagi memeriahkan lagi pelancaran koleksi ini, UNIQLO turut memperkenalkan permainan mini khas secara atas talian yang boleh diakses melalui laman web rasmi mereka.
Dalam permainan interaktif ini, watak kesayangan ramai, Mametchi, akan muncul dengan memakai pakaian UT dari peranti Tamagotchi untuk mengumpul barangan dan makanan yang jatuh. Inisiatif digital ini bertujuan memberikan pengalaman menyeronokkan kepada peminat sambil mengimbau daya tarikan nostalgik Tamagotchi dalam format yang lebih segar.
Koleksi UT Tamagotchi ini bakal menjadi rebutan bukan sahaja bagi pengumpul barangan vintaj, malah buat generasi muda yang menghargai gaya seni retro yang unik.
Anda boleh sahaja klik di sini atau layari laman web rasmi UNIQLO di https://www.uniqlo.com/my/en/special-feature/tamagotchi untuk maklumat lanjut tentang koleksi ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



