6 Kolam Pancing Ini Adalah ‘Port’ Terbaik Buat Kaki Pancing Lepaskan Gian
Jom memancing!
Cover image via PF Shim/Facebook1. Kolam Pancing Ruskijang Park, Ulu Klang
Ruskijang Fishing Park merupakan sebuah kolam memancing ikan air tawar dalam hutan yang amat popular di ibu kota Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang.
Kolam yang dibina pada tahun 1998 ini pada awalnya diusahakan untuk menternak ikan jelawat tetapi ditukar menjadi kolam memancing berikutan potensi dan hasrat ramai kaki pancing yang pernah datang memancing sejak beberapa tahun lalu.
**Lokasi:** Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Kuala Lumpur.
**Waktu Operasi:** 24 jam
**Bayaran masuk:** 1 jam – RM20.00 / 3 jam – RM23.00 / 5 jam – RM25.00
**Jenis ikan:** Rohu, tongsan, lekoh, lampam, talapia, pacu, baung, haruan dan keli.
2. Kolam Pancing Joran Terjun, Kemensah
Image via Kolam Pancing Joran Terjun/Facebook
Image via Kolam Pancing Joran Terjun/Facebook
Image via Kolam Pancing Joran Terjun/Facebook
Image via Kolam Pancing Joran Terjun/Facebook
Kolam Pancing Joran Terjun merupakan kolam pancing ikan air tawar milik usahawan bumiputra. Kolam pancing ini sudah beroperasi sejak 2004 dan masih lagi beroperasi hingga kini. Boleh dikatakan setiap hari, kolam pancing ini dipenuhi ramai. Terdapat dua buah kolam yang disediakan di sini. Namun terdapat syarat yang perlu dipatuhi iaitu penggunaan usus dan hati ayam tidak dibenarkan.
**Lokasi:** Berdekatan Hutan Simpan Hulu Langat 68000, Selangor, Malaysia.
**Waktu operasi:** 24 jam
**Bayaran masuk:** 3 jam – RM22 / 5 jam – RM27 / 6 jam – RM22 (selepas jam 11 malam)
**Jenis ikan:** Pacu besar, patin, baung dan keli.
3. Kolam Pancing Wu Ping, Cheras
Image via PF Shim/Facebook
Image via PF Shim/Facebook
Image via Roslan Satay/Facebook
Image via Malaysian Actor P Jegan/Facebook
Tidak jauh dari pusat bandar, **Kolam Pancing Wu Ping** menjanjikan kepuasan kepada kaki pancing kerana saiz kolamnya yang agak besar. Setiap hari kolam ini menerima begitu ramai pengunjung tidak kira siang mahupun malam.
**Lokasi:** Jln Kuari, Kampung Cheras Baru, Wilayah Persekutuan, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
**Waktu operasi:** 8am – 12am
**Bayaran masuk:** 6 jam – RM32
**Jenis ikan:** Patin, rohu, talapia merah, baung dan keli.
4. Natural Exotic Fish Fishing Pond, Rawang
Image via Calvin Tan/Facebook
Image via Gege Villa/Facebook
Image via See Corebok/Facebook
Image via Jimmy Ng/Facebook
Selain menjanjikan pengalaman memancing yang menyeronokkan, kolam pancing ini juga amat terkenal dengan layanan pekerja-pekerjanya yang *friendly*. Kawasannya yang luas dan bersih juga menjadi antara faktor penarik kaki pancing untuk memancing di sini.
**Lokasi:** Lot 13, Batu 23, Jalan Batu Arang Kampong Sungai Bakau, 48000 Rawang, Selangor.
**Waktu operasi:** 24 jam
**Bayaran masuk:** 4 jam – RM100
**Jenis ikan:** Keli, toman dan haruan.
5. Kolam Pancing Seri Bayu Tekala, Semenyih
Image via thebestfishingpond.blogspot.my
Image via thebestfishingpond.blogspot.my
Sri Bayu Tekala adalah kawasan berkelah di mana pengunjung boleh mandi dan berenang bersama keluarga atau rakan-rakan. Kawasan ini biasanya penuh pada hujung minggu dan cuti umum. Pengunjung juga boleh membuat BBQ tepi sungai ketika berehat di khemah untuk menikmati angin lembut.
Inilah bezanya kolam pancing ini kerana ia terletak di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Terdapat 14 kolam di sini, tetapi tidak semua kolam dibenarkan untuk memancing.
**Lokasi:** Batu 30 jalan sungai lalang, sungai tekala, 43500 Semenyih, Selangor.
**Waktu operasi:** 24 jam
**Bayaran masuk:** 4 jam – RM22
**Jenis ikan:** Talapia, Rohu, Tongsan, Lampam dan Baung.
Image via Kolam Seri Bayu Tekala/Facebook
Image via Kolam Seri Bayu Tekala/Facebook
6. Kolam Pancing Jugra, Banting
Image via Zul Helmi/Facebook
Image via Zakiah Nur Ruslan/Facebook
Image via Zakiah Nur Ruslan/Facebook
Image via Nurazlina Muhamad Noor/Facebook
Sedikit berbeza dengan kolam lain, kolam ini adalah salah satu kolam pancing yang paling popular kerana bayarannya yang sangat murah. Tetapi dengan syarat, sekiranya anda dapat menangkap ikan tersebut, anda perlulah membayar mengikut kilogram dan membawanya pulang.
Terdapat 3 pakej yang disediakan:
Pakej pertama RM3.00
Bayar RM3.00 boleh mancing sampai lebam
Boleh mancing mana-mana kolam. ( Kolam Siakap, Kolam Jenahak dan Kolam Kerapu)
Dapat ikan kena timbang dan kena bawa pulang.
Siakap/ Jenahak RM 17.00/kg
Kerapu RM 35.00/kg
Pakej kedua RM30.00/ 2 jam(CNR)
Package ni hanya untuk kolam siakap sahaja.
Pakej ketiga RM50.00/ 2 jam(CNR)
Package ni boleh memancing dekat mana-mana kolam pun.
**Lokasi:** Kampung Ayer Tawar, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
**Waktu operasi:** 24 jam
**Bayaran masuk:** RM3 – sehari
**Jenis ikan:** Siakap, jenahak dan kerapu


