Kolaborasi ACM-MEATECH-IUC Tawar Ijazah ‘Fast Track’ 3.5 Tahun Buat Lepasan SPM

ACM-MEATECH-IUC menyasarkan pengambilan seramai 700 pelajar baharu yang merangkumi program Diploma dan Ijazah Fast Track.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sektor pendidikan tinggi negara melakar sejarah baharu dengan pelancaran kerjasama strategik antara Aviation Career Malaysia (ACM), Kolej Antarabangsa MEATECH, dan Kolej Universiti Inovatif (IUC)

Kolaborasi ini memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan (Kepujian) Fast Track yang direka khas untuk memenuhi tuntutan industri penerbangan yang semakin pesat.

Melalui inisiatif ini, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini berpeluang menggenggam segulung ijazah sarjana muda dalam tempoh seawal tiga tahun setengah sahaja, berbanding laluan konvensional yang biasanya memakan masa sehingga lima tahun atau lebih.

SAYS.com
Image via @aviationcareer.official (Instagram)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ACM, Encik Azizul Hakim, menegaskan bahawa program ini bukan sekadar menawarkan pendidikan, malah menyediakan satu ekosistem lengkap yang merangkumi latihan dan penempatan kerjaya.

"Kami membina ekosistem di mana tempat belajar dan peluang pekerjaan disediakan secara bersepadu. Kejayaan ini terbukti melalui rekod kami sebelum ini yang mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 99 peratus dalam bidang penerbangan," jelas beliau semasa majlis pelancaran yang diadakan sempena Majlis Konvokesyen IUC di PICC, Putrajaya.

SAYS.com
Image via @aviationcareer.official (Instagram)

Mekanisme pengecualian kredit dan kelulusan MQA

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej MEATECH, Encik Shahril Azwan, menjelaskan kepantasan tempoh pengajian ini dicapai melalui proses pemetaan kurikulum yang optimum antara peringkat Diploma di MEATECH dan Ijazah di IUC.

"Melalui penyatuan subjek dan pengecualian kredit yang sistematik, kami berjaya memendekkan tempoh pengajian daripada lima tahun setengah kepada tiga tahun setengah. Namun, kualiti tetap menjadi keutamaan di mana program ini mengikut lunas pendidikan negara dan telah mendapat kelulusan penuh MQA," katanya.

Pengarah MEATECH, Puan Che Rozaina binti Azizan, menambah bahawa program ini membuka pintu kepada graduan untuk menjawat jawatan peringkat eksekutif dalam pelbagai jabatan kritikal. Antaranya termasuk Pengurusan Sumber Manusia (HR), Dasar Penerbangan, Pengurusan Keselamatan, serta Operasi In-Flight dan Perkhidmatan Pelanggan.

Berita baik buat golongan B40 dan M40, Yayasan Pendidikan Kasih Malaysia (YPKM) turut mengumumkan peruntukan bantuan derma siswa separa khusus untuk 500 pelajar baharu bagi sesi kemasukan 2026. Bantuan ini bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga bagi mendapatkan pendidikan penerbangan yang berkualiti tinggi.

Bagi sesi kemasukan pertama pada April depan, ACM-MEATECH-IUC menyasarkan pengambilan seramai 700 pelajar baharu yang merangkumi program Diploma dan Ijazah Fast Track.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: