KLIA Perjelas Isu Individu Kena Caj RM100 Lepas Ambil Masa 34 Minit ‘Drop Off’
Kena alert dengan polisi ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pihak pengurusan KL International Aiport (KLIA) tampil memberi maklum balas terhadap keluhan seorang lelaki selepas dikenakan caj RM100 ketika 'drop off' ibunya di lapangan terbang itu
Menerusi perkongsian individu itu melalui video hantarannya di TikTok, lelaki itu mempersoalkan sistem yang diguna pakai di mana dia terpaksa membayar RM100 hanya kerana mengambil masa 34 minit di kawasan 'drop off'.
"Masa ni hantar emak pergi Airport KLIA 1 untuk balik kampung. Oleh kerana ramai sangat orang, maka plan untuk drop by sahaja.
"Sekali sangkut masa hantar emak ke dalam. Jadi Pihak Malaysia Airport ambil duit RM100 dalam masa 34 minit sahaja.
"Bayangkan kalau sehari ada 1,000 kereta kena benda yang sama. Tak perlu pun susah-susah cari duit untuk idea bisnes," tulisnya.
Pihak KLIA tampil beri penjelasan di ruangan komen
Menurut KLIA, lokasi yang digunakan oleh lelaki itu adalah zon drop off atau tempat menurunkan penumpang sahaja. Selepas menurunkan penumpang, sesebuah kereta itu perlu terus beredar kerana ianya bukanlah zon parkir.
Zon tersebut juga sudah dilengkapi dengan Vehicle Access Management System (VAMS), bagi mengesan mana-mana individu yang berada di kawasan tersebut melebihi 10 minit.
"Hai, untuk makluman, Vehicle Access Management System di KLIA bertujuan untuk mengurangkan kesesakan trafik dan memudahkan perjalanan penumpang dengan melaksanakan had masa bagi penghantaran dan pengambilan penumpang.
"Bagi mereka yang memerlukan masa tambahan, kami mencadangkan pilihan berikut: Pertamanya di T1, untuk parkir masa singkat, 15 minit pertama adalah percuma.
"Seterusnya adalah kawasan parkir untuk tempoh lama, di mana 30 minit pertama adalah percuma. Ketiga adalah di kawasan menunggu untuk orang awam, ianya adalah percuma," jelas KLIA.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 