KL Kini Dilengkapi 10,000 Kamera CCTV HD Dengan Sistem Pengecaman Wajah
Terdapat juga kamera yang menyediakan sistem siaran amaran kepada orang ramai tentang penyeluk saku.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasmi telah mengintegrasikan sistem mereka melalui 10,000 kamera CCTV
Menurut Datuk Bandar, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, peranti-peranti ini dilengkapi dengan pengesan resolusi tinggi dan teknologi pengecaman wajah, membolehkan penyelarasan masa nyata.
Integrasi ini juga menyelesaikan kelewatan data yang telah dihadapi oleh sistem lama yang tidak memuaskan, lapor The Star.
Selain daripada mengesan kegiatan jenayah, sistem ini direka bentuk untuk menguruskan hiruk-pikuk kawasn bandar, daripada mengesan banjir kilat kepada kesesakan lalu lintas dan kecemasan perubatan.

Di beberapa tempat tumpuan pelancong, terdapat kamera yang menyediakan sistem siaran awam untuk memberi amaran kepada orang ramai tentang penyeluk saku
Bagi mereka yang bimbang tentang jejak digital mereka, pegawai tertinggi bandar itu menetapkan kenyataan yang jelas.
"Data hanya akan disimpan selama 60 hari," kata Fadlun.
Persediaan ini termasuk geo-fencing untuk kawasan berisiko tinggi dan analisis tingkah laku untuk menandakan aktiviti yang mencurigakan sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Ketika ini, sistem siaran awam telah pun digunakan di KLCC, Bukit Bintang, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ia juga akan disediakan di Dataran Merdeka tidak lama lagi.

Menurut data daripada PDRM, pendekatan ini telah meningkatkan kadar pengesanan suspek dan penyelesaian kes sebanyak 50%
"Pada masa ini, kami menempatkan kakitangan kami di KLCCC untuk memantau CCTV bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.
Beliau menambah bahawa pihak berkuasa juga sedang berusaha untuk membawa sistem ini ke dalam pasukan polis bagi meningkatkan lagi kecekapannya.
"Saya berharap sistem ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa, dan lebih banyak majlis tempatan serta sektor swasta dapat mengintegrasikan kamera CCTV mereka ke dalam sistem ini," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 