KKR Akan Pastikan ‘Terowong Hidupan Liar’ Dimasukkan Pada Rekaan Lebuh Raya Baharu

Hal ini bagi memastikan keselamatan haiwan yang melintas kawasan pembangunan terutama di lebuh raya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular dengan insiden kematian seekor anak gajah yang dilanggar oleh sebuah lori

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Raya Timur-Barat apabila pemandu lori terlanggar mati anak gajah tersebut.

Lebih menyayat hati apabila seekor gajah dewasa dipercayai ibu kepada anak gajah itu setia menunggu anaknya yang terperosok di bawah lori, diselamatkan.

Video itu telah mengudang sebak warga maya yang melihat keadaan ibu gajah tersebut yang cuba untuk menyelamatkan anaknya.

Kementerian Kerja Raya (KKR) akan pastikan elemen terowong hidupan liar dimasukkan dalam reka bentuk baharu

Menerusi kenyataan di Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia, KKR memaklumkan semua jalan raya dan lebuh raya baharu yang dibina di negara ini akan dilengkapi dengan terowong lintasan hidupan liar.

Hal ini bagi memastikan keselamatan haiwan yang melintas kawasan pembangunan terutama di lebuh raya.

Elemen dimulakan dengan pembinaan di jajaran Lebuhraya Persisiran Barat (WCE)

Menurut KKR, langkah itu dimulakan dengan pembinaan Culvert Animal Crossing di jajaran Lebuhraya Persisiran Barat (WCE) antara Taiping Selatan dan Bruas.

Ia turut mendapat khidmat nasihat serta kelulusan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

"Syabas dan Terima Kasih kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Persisiran Barat (WCE – West Coast Expressway) yang telah melestarikan laluan khusus terowong bawah lebuhraya untuk membolehkan habitat hidupan liar bergerak dari satu kawasan hutan ke hutan yang lain melintasi lebuh raya dengan selamat," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, KKR bersama agensinya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), akan memastikan elemen terowong lintasan hidupan liar itu dimasukkan dalam reka bentuk dan pembinaan semua projek jalan raya dan lebuh raya baharu, serta menambah jumlah terowong yang sudah sedia ada.

"Kerjasama erat dengan Jabatan Perhilitan akan diteruskan bagi memastikan pemeliharaan hidupan liar sentiasa dipertingkatkan.

Sehingga itu, besarlah harapan kami supaya pemandu kenderaan memperlahankan kelajuan dan berhati-hati ketika melewati lokasi lintasan hidupan liar yang telah dikenal pasti melalui papan tanda dan lampu jalan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: