KJ & Shahril Lancar Kelas Sekejap, Aplikasi Belajar Bertutur Bahasa Inggeris Pertama Di Malaysia
Menarik!
Cover image via Kelas SekejapFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Aplikasi pembelajaran bahasa Inggeris, Kelas Sekejap kini tersedia untuk dimuat turun!
Dengan pendekatan yang berbeza, aplikasi ini membawa objektif membantu rakyat Malaysia untuk lebih berkeyakinan bertutur dalam bahasa Inggeris.
Menerusi perkongsian Keluar Sekejap di Facebook, aplikasi tersebut merupakan platform perbualan bahasa Inggeris berasaskan AI pertama di Malaysia melalui ciri utamanya memberi pengguna pengalaman belajar dengan bertutur.
"Disokong oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, Kelas Sekejap dibangunkan untuk membantu rakyat Malaysia membina keyakinan bertutur Bahasa Inggeris sebagai kemahiran praktikal tanpa mengira umur, latar belakang atau tahap permulaan.
"Walaupun ramai rakyat Malaysia memahami Bahasa Inggeris, penggunaannya dalam kehidupan sebenar sering terhalang oleh rasa takut, malu dan ketiadaan ruang latihan yang selamat," menurut perkongsian itu.

Proses pembelajaran berlaku melalui perbualan sebenar, bukan hafalan atau menaip menerusi pendekatan Learn by Talking
Ciri AI yang tersedia di dalam aplikasi ini berfungsi sebagai alat sokongan pembelajaran yang menyesuaikan pelajaran mengikut tahap, minat dan keperluan pengguna.
Aplikasi ini juga membawa pendekatan yang lebih santai dan tanpa tekanan dengan ciri tiada ujian dan tiada gred, menyediakan pengalaman seperti belajar dengan seseorang yang menyokong anda, bukannya sekadar menilai.
Ia juga menyediakan persona AI mengikut kesesuaian anda di mana anda boleh belajar dengan suara personaliti Malaysia yang anda kenali.
Anda boleh muat turun aplikasi Kelas Sekejap di App Store dan Play Store sekarang di SINI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



