KJ: “Mungkin Penulis Keliru Saya Dengan Chris Hemsworth”
Secara teknikalnya KJ memang pernah 'berlakon'.
Cover image via vitoday.caPada 17 Jun yang lalu, akhbar New Straits Times telah mengeluarkan satu kolum memaparkan biodata calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin
Dalam kolum tersebut, pada seksyen 'Occupation', NST telah menyatakan pekerjaan Khairy Jamaluddin atau lebih mudah disapa KJ, sebagai seorang ahli politik dan pelakon.
Ekoran perkara ini, ramai netizen yang mempersoalkan perihal perkara tersebut.
KJ yang semenangnya aktif dengan media sosial Twitter peribadinya telah membalas persoalan tersebut
Secara teknikalnya, KJ sememangnya pernah mempamerkan bakat lakonannya dalam beberapa sketsa selain pernah memainkan watak cameo dalam beberapa telemovie.
Berikut adalah antara beberapa adegan yang telah dilakonkan oleh Ahli Parlimen Rembau itu sewaktu berkempen untuk PRU14
Beliau juga pernah memainkan watak cameo sebagai penjual ayam percik dalam telemovie ini
Bukan itu sahaja, beliau pernah menunjukkan sisi komedinya dalam filem pendek ini
Bukan sahaja bijak berpolitik bahkan calon Presiden UMNO ini sememangnya mempunyai bakat dalam bidang lakonan, maka tidak hairanlah NST turut meletakkan pekerjaan KJ sebagai seorang pelakon.

