Kisah Seram Atau Realiti? Bila Azfar Heri Kongsi Cerita Sebenar Tentang Duit & Kehidupan
Kisah seram kali ini lain macam sikit… sebab ia melibatkan realiti!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh KWSP.
Bila dengar perkataan kisah seram, ramai terus terbayang benda-benda mistik
Tapi kali ini, kisah seram yang dibawakan dalam Seismik Podcast memang lain daripada yang lain sebab ia sangat dekat dengan realiti kehidupan sebenar kita.
Dalam episod terbaharu "Kisah Seram atau Realiti?" yang dihoskan oleh Zaidi dan Sha, tampil berborak santai bersama influencer, Azfar Heri.
Untuk pengetahuan anda, Azfar Heri turut merupakan seorang usahawan dan content creator yang tak lokek berkongsi sisi sebenar hidup bekerja sendiri.
Dan percaya atau tidak, kisah paling 'seram' bukanlah hantu tapi bila 'duit tak masuk'.
Bekerja Sendiri Bukan Sekadar Bebas, Tapi Penuh Cabaran

Ramai yang anggap bekerja sendiri ni best kerana bebas masa, jadi bos sendiri, tak perlu punch card. Tapi realitinya, hidup sebagai usahawan atau content creator datang dengan risiko yang besar.
Menurut Azfar, antara yang paling mencabar adalah pendapatan yang tak menentu. Ada bulan rezeki mencurah-curah, ada masa pula terpaksa ikat perut.
"Bila duit tak masuk, waktu tu lah kita betul-betul rasa perit," kongsinya jujur.
Sebab itulah pengurusan kewangan bukan sekadar pilihan, tapi satu keperluan.
Simpanan: Kecil Atau Besar, Asal Ada
Dalam podcast ini juga, Azfar menekankan kepentingan simpanan, walaupun sedikit. Bukan tunggu kaya baru nak menyimpan, tapi menyimpan supaya kita boleh bertahan bila diuji.
Hakikatnya, semua orang pernah melalui fasa struggle. Bezanya cuma bagaimana kita bersedia menghadapi waktu sukar itu.
Kadang-kadang, simpanan kecil itulah yang jadi penyelamat untuk teruskan hidup, bayar komitmen dan kekal waras.
Rezeki Paling Indah Bila Dapat Dikongsi

Antara momen paling menyentuh dalam perbualan ini adalah bila Azfar berkongsi tentang kepuasan berkongsi rezeki dengan keluarga.
Bila ada ilmu kewangan, kita bukan sahaja tahu cara berbelanja, tapi juga tahu cara mengagihkan pendapatan terutamanya untuk keperluan, simpanan dan orang tersayang.
Ilmu kewangan bukan tentang kedekut, tapi tentang bijak merancang supaya rezeki itu berpanjangan.
Struggle Itu Pasti, Bangkit Itu Pilihan
Setiap orang ada kisah hidup masing-masing. Ada yang bermula dari bawah, ada yang jatuh berkali-kali sebelum berjaya.
Apa yang membezakan mereka yang terus melangkah ke depan ialah kekuatan diri untuk bangkit dan terus berusaha.
Siapa sangka, dari struggle yang pernah dilalui, seseorang boleh berdiri sebagai inspirasi kepada orang lain sama seperti Azfar Heri hari ini.
Nak tahu lebih banyak kisah 'seram' yang sebenarnya realiti hidup?
Jangan lupa tonton episod penuh Kisah Seram atau Realiti? ft. Azfar Heri di Seismik Podcast dengan klik di SINI.
Kadang-kadang, cerita paling menakutkan bukan datang dari dunia lain tapi dari dunia sebenar yang kita semua lalui.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

