Janji Tinggal Janji, Ibu Ainaa Amanda Kesal Populariti Anak Hanya Untuk Raih Publisiti
Semoga terus kuat adik Amanda =)
Cover image via Ainaa Amanda Shahzali/FacebookAnda masih ingat lagi kisah anak kecil bernama Ainaa Amanda Shahzali atau Amanda yang pernah menjadi viral suatu ketika dulu kerana tiada telapak tangan kanan secara semula jadi sejak dilahirkan?
Image via Ainaa Amanda Shahzali/Facebook
Buat anda yang mungkin sudah lupa, ini dia video yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia suatu ketika dulu:
Setelah video itu tersebar luas, Amanda mendapat begitu banyak laporan media dan ramai pihak turut prihatin terhadap keadaannya sehinggalah dia diberikan tangan mekanikal (bionik) daripada seorang ahli perniagaan
Cerita penuh di [SINI.](http://says.com/my/seismik/galeri-tangan-bionik-adik-amanda-beri-erti-baru-dalam-kehidupan)
Image via Harian Metro
Bagaimanapun semalam, satu post di page Ainaa Amanda Shahzali telah mendapat perhatian orang ramai apabila ibu kepada anak tersebut meluahkan rasa kesal terhadap satu pihak yang tidak menunaikan janji mereka terhadap anak syurga tersebut
Image via Ainaa Amanda Shahzali/Facebook
Maklumnya, waktu itu wajah Amanda penuh di poster mereka untuk tujuan promosi. Namun, setelah setahun menunggu janji hanya tinggal janji
Bukan sahaja Amanda, malah seorang lagi kanak-kanak bernama Muqri turut menerima nasib yang sama. Apa yang dikesalkan, populariti dan keistimewaan anak-anak ini seolah-olah digunakan hanya untuk meraih nama.
Image via Ainaa Amanda Shahzali/Facebook
Mari sama-sama kita doakan semoga adik Amanda terus kuat dan berjaya satu hari nanti. Amin…
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ


