Kisah Disebalik Usahawan Jelita Yang Menawar Dirinya Dalam Iklan “Beli Rumah Dapat Isteri”
Beruntunglah siapa yang dapat membeli rumah tersebut.
Cover image via tempo.co[TERKINI] Hasrat wanita ini yang menawar dirinya dalam iklan "Beli Rumah Dapat Isteri" tercapai
Image via www.ndtv.com
Wina berkata Redi memang selama ini sedang mencari isteri. Redi dimaklumkan oleh anak buahnya yang terjumpa iklan tersebut melalui internet, lalu memberikan nombor telefon yang tertera kepadanya.
Image via krjogja.com
16 Mac: Mula-mula baca, pasti reaksi anda seperti:
Tak percaya? Ini kisah benar. Seorang wanita bernama Wina Lia dari Yogjakarta membuat tawaran dimana jika ada jejaka yang ingin membeli rumahnya, lelaki itu juga boleh berkahwin dengannya.
Image via Reaction GIFs
Pada mulanya, ia dianggap sebagai satu gurauan tetapi ia ternyata benar apabila dia mengesahkan tentang perkara itu di sebuah rancangan tv di Indonesia
[Wina Lia](http://www.mirror.co.uk/usvsth3m/you-buy-house-you-can-5307048) yang berumur 40 tahun telah kehilangan suaminya pada tahun 2000. Dia mempunyai dua orang anak berumur 21 dan 14 tahun.
"*Harapan saya adalah untuk menjual rumah ini. Jika ada yang sudi (membeli rumah ini dan berkahwin dengan saya), adalah sangat penting yang dia seorang yang bujang. Tidak kisahlah jika dia tidak pernah kahwin atau seorang duda tetapi dia mestilah seorang yang bertanggungjawab dan matang*" kata Wina Lia.
Image via BT.com
Wina Lia menerima idea ini apabila dia berbincang dengan seorang sahabatnya, Dian yang juga merupakan agen hartanah
Dian telah memberi cadangan kepada Wina Lia untuk membuat iklan berbentuk '*meme*' yang tertulis menyatakan "*beli rumah, dapat isteri*".
Wina Lia bersetuju dengan cadangan itu kerana pada masa yang sama, dia memang sedang mencari teman hidup.
Image via Tempo.co
Wina Lia mengiklankan rumahnya yang terletak di Sleman itu dengan harga Rp 999 juta atau RM 280 ribu
"*Saya memang mahu menjual rumah itu. Saya setuju dengan idea itu (beli rumah, dapat isteri) dan calon suami mestilah seseorang yang boleh menjadi imam dan membimbing saya berhijab*" kata pengusaha salon kecantikan itu.
Image via Giphy
Dalam iklan tersebut, tawarannya berbunyi:
"*Tawaran Terhad Abad Ini!!! Beli rumah dan anda boleh mengajak pemiliknya berkahwin. (Tertakluk kepada syarat). Hanya untuk pembeli yang serius dan tiada rundingan*"
Image via rumahdijual.com
Wina Lia menyatakan bahawa dia juga menawarkan tawaran itu kepada jejaka dari Malaysia
Wina Lia berkata, perkara yang paling penting adalah keserasian. Dia menyatakan, "*Jika [jodoh](http://www.thestar.com.my/News/In-Other-Media/2015/03/13/Widow-welcomes-offers-from-Malaysian-men/) saya adalah dengan jejaka Malaysia yang berminat untuk membeli rumah saya, apa salahnya?*"
Image via SAYS.com
Iklan ini telah tersebar melalui Facebook, BlackBerry Messenger, SMS, WhatsApp dan media sosial yang lain.
Wina Lia turut berkata bahawa dia telah menerima lebih 600 tawaran menyatakan mereka berminat termasuklah dari Arab Saudi dan Hong Kong.

