“Cuteness Overload” – Neelofa Kini Miliki Imej GIF Di Instagram, Peminat Semua Teruja!

Ternyata kehadiran GIF Neelofa di laman Instagram ini menjadikannya public figure yang benar-benar 'next level' dalam industri hiburan tanah air.

Enlarge text
Logo

Jangankan artis tanah air, artis luar negara pun tidak ramai yang mempunyai koleksi imej GIF-nya tersendiri di laman sosial

Terbaru, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa, telah mengumumkan berita gembira memiliki imej Graphic Interchange Format atau lebih dikenali sebagai GIF di Instagram.

Menerusi laman Twitter beserta dengan caption, "Check out these new GIFs on Instagram featuring yours truly," Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor telah berkongsikan koleksi imej GIF dirinya yang sememangnya sangat comel!

Dengan penampilan pelbagai mimik muka yang jarang kita lihat, ternyata kehadiran GIF Neelofa di laman Instagram ini menjadikannya public figure yang benar-benar next level dalam industri hiburan tanah air.

Noor Neelofa Mohd Noor

Image via Odisi

Meskipun hanya sekadar imej GIF, namun rata-rata peminat Neelofa menunjukkan rasa teruja mereka dan memuji artis tersebut

Ramai peminat yang mula 'bermain' dengan GIF tersebut di laman Instagram mereka. Bukan itu sahaja, mereka turut meminta agar Neelofa menghasilkan lebih banyak lagi imej GIF di masa hadapan.

Power-lah Neelofa!

Image via Make A Gif

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Neelofa pun pernah kongsikan doa memohon rezeki kepada peminatnya:

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: