“Kini Di Tonton CINEMA” – Siapa Yang Penakut, Jangan Tengok 6 Filem Seram Terbaik Asia Ini

Minggu Seram di tonton CINEMA.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Tonton Cinema
Logo

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap tahun, perayaan Halloween disambut pada 31 Oktober

Halloween pula biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk-makhluk mitos dari kebudayaan Barat.

Bila sebut Halloween pula, mesti ada di antara kita semua mempunyai filem kesukaan sendiri yang terlintas di fikiran bukan?

Dalam pelbagai genre yang ada, yang sering menjadi kegemaran ramai adalah genre seram. Berikut merupakan filem seram terbaik di Asia yang boleh ditonton!

Susuk

Image via tonton CINEMA

Susuk merupakan filem seram yang diarahkan oleh Amir Muhammad dan seorang pengarah berbangsa Iran-Amerika Naeim Ghalili. Filem ini berkenaan Soraya yang menggunakan amalan terlarang iaitu susuk untuk menjadi terkenal.

3 AM

Image via tonton CINEMA

Filem seram daripada negara jiran ini tidak pernah mengecewakan. 3 AM merupakan antologi filem seram menampilkan 3 cerita pendek dari 3 pengarah ternama di Thailand. Tajuknya 3 AM kerana kebiasaan hantu-hantu berkeliaran pada pukul 3 pagi.

Long Weekend

Image via tonton CINEMA

Long Weekend menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Thongsook yang hanya mempunyai seorang kawan, Nam.

Pada suatu hari, mereka bercuti dan meninggalkan Thongsook. Ternyata Thongsook telah berubah menjadi sosok yang tidak dijangka. Kawan dia? Mati satu persatu.

Gonjiam: Haunted Asylum

Image via tonton CINEMA

Gonjiam: Haunted Asylum menceritakan mengenai Hospital Sakit Jiwa Gonjiam yang sudah lama ditinggalkan lepas kejadian pada tahun 1979 di mana 42 orang pesakit di hospital itu bunuh diri sementara pengarah hospital pula hilang.

Filem ini juga berkisarkan pasal internet broadcaster rekrut beberapa orang muda untuk masuk ke dalam Hospital Sakit Jiwa Gonjiam bagi merasai sendiri betapa seramnya hospital itu.

Rumah Belanda

Image via tonton CINEMA

Rumah Belanda merupakan filem adaptasi dari kisah benar yang diarahkan oleh pengarah terkenal Indonesia, Hedy Suryawan.

Kisah bermula apabila seorang penulis bernama Raya yang mendapat satu tugasan daripada seorang jutawan bernama Hilda untuk menulis biografi mengenai Aline.

Suaminya menghantar Raya dan juga dua orang anaknya ke sebuah Rumah Belanda yang pernah diduduki oleh Aline semasa kecil atas permintaan Hilda supaya Raya dapat lebih fokus dengan tugasan yang diberikan.

Namun, Raya dan anak-anaknya mula diganggu oleh makhluk halus. Ternyata rumah tersebut mempunyai kisah silam yang penuh misteri.

House Of The Disappeared

Image via tonton CINEMA

House of the Disappeared berkisah tentang seorang ibu bernama Kang Mi-hee (Yunjin Kim) yang baru saja dibebaskan setelah dipenjara selama 25 tahun karena dituduh membunuh suami dan dua orang anaknya.

Dia kembali ke rumah lamanya, yang merupakan tempat terjadi pembunuhan yang dituduhkan kepadanya. Pendeta Choi datang mengunjungi Kang Mi-hee untuk bertanya tentang kejadian pembunuhan 25 tahun yang lalu. Mi-hee akhirnya mula bercerita, dari cerita tersebut pendeta Choi menangkap ada sesuatu yang ganjil dan tidak masuk akal.

Dengan harga serendah RM 1.90, anda boleh menonton selama 48 jam!

Image via tonton CINEMA

Bersempena bulan 'Halloween' pada Oktober ini, anda boleh menikmati filem-filem seram terbaik Asia di tonton CINEMA. Dengan harga serendah RM 1.90, anda boleh menonton selama 48 jam!

Filem-filem seram Thailand, Korea, Indonesia dan juga Malaysia seperti 3AM, Long Weekend, The Wailing, House of Disappeared, Rumah Belanda, Susuk dan banyak lagi kini boleh dilanggan di tonton CINEMA.

Jangan lepaskan peluang ini dan langgan sekarang di www.cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton di App Store dan Google Play.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel seram hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: