Khas Buat Yang Lahir Pada 31 Ogos Atau 16 September? Ini Berita Baik Untuk Korang!
Untunglah siapa yang lahir masa tarikh-tarikh ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kepada yang lahir pada 31 Ogos atau 16 September, Kementerian Perpaduan Negara ada sesuatu khas buat korang!
Korang bukan je sambut hari lahir sendiri, tapi korang juga share birthday dengan Malaysia!
Apa yang istimewa ialah, korang boleh join sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia tahun ni melalui inisiatif khas yang dipanggil Anak Merdeka Malaysia.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Aizuddin Saad/NSTPBukan sekadar sambutan hari lahir yang biasa
Anak Merdeka Malaysia bukan sekadar sambutan biasa. Ia meraikan rakyat Malaysia yang lahir pada tarikh paling bersejarah negara.
Sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September yang akan datang, Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia (ANM) telah melancarkan program ini untuk menghargai rakyat Malaysia yang lahir pada tarikh tersebut.

Paling best? Pendaftaran dibuka untuk semua warganegara Malaysia, tak kira latar belakang, kaum atau umur
Ya, betul, selagi IC korang tunjuk tarikh lahir 31 Ogos atau 16 September, korang memang layak.
Inilah masa untuk korang bersinar dan mungkin juga dapat kelebihan istimewa daripada inisiatif ini!

Gambar sekadar hiasan.
Image via Umar Mukhtar/PexelsApa sebenarnya yang korang akan dapat?
Mereka yang mendaftar akan dijemput untuk sertai aktiviti peringkat kebangsaan, terima hadiah kenang-kenangan, dan secara rasmi akan diiktiraf sebagai simbol perpaduan rakyat Malaysia pada sambutan yang akan datang.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Thilipen Rave Kumar/PexelsMenurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang memaklumkan inisiatif ini bukan sekadar pengiktirafan hari lahir semata-mata
"Kita bukan hanya meraikan hari jadi. Kita sedang menyatukan suara rakyat Malaysia di bawah satu identiti kebangsaan. Inilah semangat sebenar Malaysia MADANI — sebuah negara yang menghargai sejarahnya, memberi inspirasi harapan, dan menyatukan rakyatnya," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Ahmad Shakir Shamsulbadri/PexelsKenal siapa-siapa yang lahir pada 31 Ogos atau 16 September? Jangan lupa share dekat diorang juga!
Kementerian Perpaduan Negara galakkan korang untuk kongsi inisiatif ni dengan komuniti, kawan-kawan, dan ahli keluarga supaya lebih ramai Anak Merdeka boleh jadi sebahagian daripada inisiatff yang istimewa ini.
Jadi, macam mana nak daftar? Senang je imbas je kod QR pada poster rasmi atau klik pautan rasmi di SINI.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Deva Darshan/PexelsLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 