Khairul Aming Pecah Rekod RM2.3 Juta Jualan Sehari Di TikTok Shop

Memang lain macam penangan Khairul Aming.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Khairul Aming

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam tempoh 12 jam tanpa henti menerusi TikTok Shop All Star LIVE di Rembayung, Khairul Aming berjaya mencatat jualan RM2.3 juta dengan 56 produk ditampilkan sekali gus

Konsep yang dibawa pun bukan biasa-biasa. Seluruh live dihias dengan tema Bazar Ramadan digital, lengkap dengan 14 jenama tempatan yang diperkenalkan mengikut stesen berbeza.

Rasa macam berjalan di bazar sebenar, cuma semuanya berlaku depan skrin.

Antara highlight ketika live, 20 Golden Ticket Rembayung Free Dine In Giveaway bernilai RM400 setiap satu jadi rebutan.


Turut mencuri perhatian ialah koleksi pakaian daripada Adam dan Hawa milik selebriti terkenal Zizan Razak.

Bukan sekadar jual barang, Khairul Aming yang juga mentor Creator Icon turut bawa masuk mentee untuk sama-sama kendalikan segmen.

Live kali ini memang pakej lengkap, jualan jalan, ilmu dapat, komuniti pun makin rapat.

Apa itu All Star Live?

All Star ialah format khas TikTok Shop Live yang menampilkan selebriti dan pencipta kandungan popular dalam satu sesi jualan penuh hiburan.

Konsep ini menggabungkan hiburan dan pengalaman membeli-belah dalam satu platform yang lebih interaktif.

Selain Khairul Aming, lebih ramai selebriti dan pencipta kandungan akan turut serta dalam siri All Star LIVE sepanjang kempen berlangsung.

Ramadan & Raya deals memang berbaloi

Sepanjang kempen, TikTok Shop bawakan pelbagai tawaran menarik:

  • TikTok Shop VIP jimat sehingga RM1000
  • Penghantaran percuma tanpa had dengan nilai lebih besar
  • Peluang menang emas bernilai sehingga RM40,000
  • Diskaun sehingga 80% untuk barangan Ramadan dan Raya

Jangan lupa rebut baucar sehingga 50% ketika 5AM Sahur Special dan 10PM Moreh Special yang dilepaskan setiap hari sepanjang Ramadan.

Nak barang sampai cepat, pilih instant delivery dan buat pesanan sebelum jam 2 petang untuk penghantaran hari sama di kawasan terpilih Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Shopping sambil main 'Crack Egg'

Selain borong barang, jangan lupa sertai permainan Crack Egg di Shop Tab.

Kempen ini berlangsung dalam tiga fasa iaitu 12 hingga 25 Februari, 26 Februari hingga 3 Mac dan 4 hingga 13 Mac.

Setiap hari boleh buka sehingga tiga telur dengan log masuk dan selesaikan tugasan dalam aplikasi.


Lagi banyak telur dipecahkan, lagi tinggi peluang kumpul kad khas dan rebut ganjaran termasuk baucar, diskaun, BNPL dan hadiah utama Pure Yellow Gold Dinar, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pendek kata, Ramadan kali ini memang meriah habis di TikTok Shop.

Shopping dapat, hiburan pun dapat dan hadiah pun boleh bawa balik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS