Akhirnya, KFC Chizza Telah Tiba Di Malaysia. Yass!
Ayam Goreng + Pizza = Perfect combo!
Cover image via SAYSAwal tahun ini, KFC Singapore menggemparkan dunia apabila mereka memperkenal kombo ayam goreng dan pizza – KFC Chizza – buat pertama kali
Image via YouTube/KFCSingapore
Malangnya, menu meleleh ini hanya terjual di Singapura pada masa itu.
Nah, sekarang KFC Chizza dah mendarat di bumi Malaysia!
Image via SAYS
Sedikit berbeza daripada Singapura, KFC Chizza di Malaysia menggabungkan kombinasi fillet ayam Hot & Spicy dengan topping pizza klasik seperti sos tomato, nenas dicincang, bawang, herba, dan keju mozarella.
Menjelang pelancaran rasmi, kami di SAYS adalah antara yang terawal diberi peluang untuk rasai sendiri kelazatan Chizza yang dinanti-nantikan!
Walaupun kami tak sabar nak nikmati keenakan Chizza sebaik sahaja membuka kotak, kami berjaya juga menahan nafsu untuk mengambil beberapa gambar. :p
Bak kata orang, "Phone eats first". Lol.
Chizza akan mula dijual di seluruh cawangan KFC di Malaysia pada 21 November.
Harga bermula daripada RM7.90.

