Kesemua Exco FAM Penggal 2025-2029 Umum Letak Jawatan Secara Sukarela Serta-Merta

Menurut FAM, ia disifatkan sebagai langkah berhemah dan berprinsip yang diambil susulan situasi terkini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FAM & Ahmad Ukasyah
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029 letak jawatan

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM hari ini, keputusan itu dilakukan secara kolektif dan sukarela dan diputuskan serta-merta.

"Keputusan ini dibuat secara sebulat suara, dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi dan tanpa kepentingan atau jawatan peribadi. Ia merupakan langkah berhemah dan berprinsip yang diambil susulan situasi terkini yang telah menarik perhatian umum.

"Malah, Jawatankuasa Eksekutif mengambil tanggungjawab bersama dan keperluan untuk bertindak dengan cara melindungi integriti FAM," menurut kenyataan itu.

Menurut FAM, Jawatankuasa Eksekutif tetap akan memberikan kerjasama penuh kepada FIFA, AFC dan semua pihak berkepentingan yang relevan sekalipun tidak lagi memegang sebarang jawatan.

Pihak mereka turut menekankan komitmen masing-masing terhadap kepentingan jangka panjang bola sepak Malaysia.

SAYS.com
Image via NSTP

FAM senaraikan tujuh objektif hasil daripada peletakan jawatan terbabit

Menurut FAM, peletakan jawatan ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

  • Menjaga reputasi dan kepentingan organisasi FAM serta mengurangkan risiko lebih buruk yang boleh menjejaskan bola sepak Malaysia secara keseluruhan.
  • Menegakkan prinsip tadbir urus yang baik dan akauntabiliti, terutamanya dalam keadaan di mana keyakinan awam perlu dipelihara.
  • Menyediakan ruang sewajarnya kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk bebas menilai, meneliti dan jika perlu, menangani perkara-perkara berkaitan tadbir urus serta hal ehwal pentadbiran FAM.
  • Memastikan sebarang pembaharuan yang perlu dilaksanakan dapat dijalankan tanpa gangguan atau konflik persepsi dan dengan asas kepercayaan yang tinggi.
  • Menunjukkan bahawa khidmat kepada bola sepak Malaysia lebih utama berbanding tempoh jawatan, walaupun Ahli Jawatankuasa Eksekutif telah diberikan mandat selama empat tahun (penggal 2025–2029) – melepaskan jawatan secara sukarela selepas 11 bulan dipilih.
  • Memulihkan keyakinan dalam kalangan penyokong, pihak berkepentingan, rakan kongsi, dan komuniti bola sepak secara keseluruhan. Mengekalkan kredibiliti institusi adalah penting bagi kestabilan, kelestarian, dan pembangunan masa depan bola sepak Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: