Kesatuan Dunia Gesa Tindakan Segera Terhadap Model AI Milik Elon Musk Hasilkan Imej Seksual

Model AI Grok di X dilihat digunakan secara jijik membuang pakaian dan tudung wanita.

Enlarge text
Cover ImageCover image via RNZ & NST
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Model kecerdasan buatan (AI) milik Elon Musk, Grok, di aplikasi X sedang berdepan kecaman komuniti antarabangsa yang semakin meluas

Peningkatan kecaman ini berlaku susulan Grok menghasilkan deepfake atau imej palsu bersifat seksual membabitkan wanita dan kanak-kanak selepas diminta pengguna tak bertanggungjawab untuk menjananya.

Menerusi laporan Berita Harian, Kesatuan Eropah (EU) turut mengecam penghasilan imej palsu dan seksual membabitkan golongan itu, manakala Britain memberi amaran akan melancarkan siasatan.

Insiden-insiden yang berlaku ini turut mendorong siasatan segera atau gesaan tindakan pembetulan dari pelbagai negara termasuk Perancis, India dan Malaysia.

Suruhanjaya Eropah (EC) yang bertindak sebagai pengawal selia digital EU, semalam juga mengecam dengan menegaskan pihaknya sedang meneliti secara serius aduan terhadap Grok.

SAYS.com
Image via AFP

Aduan penyalahgunaan model AI itu membanjiri internet selepas pelancaran butang 'edit imej' pada Grok

Butang itu membolehkan pengguna menyunting imej dalam talian melalui arahan seperti 'pakaikan dia bikini' atau 'tanggalkan pakaiannya'.

Fenomena 'menanggalkan pakaian secara digital' itu meletus di tengah-tengah kebimbangan semakin memuncak dalam kalangan aktivis terhadap teknologi percambahan aplikasi AI 'nudify.

Aplikasi AI 'nudify' merujuk kepada perisian yang mengubah gambar orang berpakaian menjadi imej bogel atau separa bogel.

SAYS.com
Image via NST

Grok dilihat menawarkan 'mod spicy' yang memaparkan kandungan seksual terang-terangan

Jurucakap Hal Ehwal Digital EU, Thomas Regnier, berkata Grok kini menawarkan 'mod spicy' yang memaparkan kandungan seksual terang-terangan dengan sebahagian output dihasilkan menggunakan mej seakan-akan kanak-kanak.

"Ini bukan 'spicy'. Ini menyalahi undang-undang. Ini memalukan. Perkara ini tidak mempunyai tempat di Eropah," katanya.

Peguam berpangkalan di Malaysia, Azira Aziz pula meluahkan rasa terkejut selepas seorang pengguna dipercayai dari Filipina meminta Grok menukar gambar profilnya kepada berbikini.

"Penggunaan AI yang tidak berbahaya dan bersifat santai seperti meletakkan cermin mata hitam pada tokoh awam adalah boleh diterima.

"Namun keganasan yang berasaskan jantina yang mempersenjatakan AI terhadap wanita dan kanak-kanak tanpa keizinan mesti ditentang dengan tegas," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: