6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara
Sesetengah orang mungkin tidak nampak kesan-kesannya. Tetapi situasi ini amat membimbangkan.
Cover image via bbci.co.ukSebut saja tentang penyeludupan, pasti kita akan terbayang aktiviti haram yang dilakukan secara underground. Ia melibatkan penggunaan laluan yang tidak dibenarkan, pemalsuan dokumen, jual beli barang terlarang, dan macam-macam lagi.
Penyeludupan membahayakan ekonomi negara dalam pelbagai cara. Ia menjejaskan industri tempatan, merencatkan perdagangan import, dan mengurangkan jumlah hasil yang dikutip melalui cukai oleh kerajaan.
Malangnya transaksi "bawah tanah" ini sedang mengambil tempat di Malaysia dan sebahagian besar daripada hasil yang dipungut kerajaan sedang hilang.
Image via malaysiandigest.com
Statistik jelas menunjukkan bahawa kenaikan harga dan cukai ke atas rokok dapat menjadi pemangkin kepada pengurangan ketara dalam pengambilan rokok dalam masyarakat
Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa kenaikan harga rokok menyumbang kepada peningkatan aktiviti penyeludupan dan aktiviti jenayah yang berkaitan. Jadi, pembelian rokok akan kekal tinggi tetapi hasil kutipan yang jatuh.
Apa kata kita lihat beberapa kesan negatif aktiviti penyeludupan haram boleh beri kepada negara dan masyarakat:
1. Rokok seludup mengandungi 45mg tar di dalam setiap batang rokok iaitu 3 kali lebih tinggi berbanding rokok sah
Rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini adalah 3 kali ganda lebih merbahaya. Selain menjejaskan kesihatan, kandungan bahan kimianya yang terlalu tinggi juga mampu meragut nyawa seseorang.
Kajian terkini yang dijalankan oleh [Universiti Malaya (UM)](http://says.com/my/news/um-keluarkan-hasil-kajian-terbaru-tentang-rokok-seludup-dan-ia-amat-mengejutkan) telah mengesahkan tiga perkara iaitu:
**1.** Kandungan bahan kimia dalam rokok seludup melebihi had yang ditetapkan menurut undang-undang Malaysia.
**2.** Kandungan tar dan nikotin di dalam rokok seludup sebenarnya lebih tinggi.
**3.** Kandungannya mungkin telah dicemari bahan kimia atau produk bukan tembakau lain.
Image via merdeka-online.com
2. Malaysia kehilangan hasil sebanyak RM1.9 bilion setahun akibat kegiatan rokok seludup
Image via www.theborneopost.com
3. Setiap wang yang dibelanjakan membeli rokok seludup hari ini berpotensi membiayai penjenayah global utama pada hari esok
Orang ramai masih tidak memahami akibat daripada membeli [rokok seludup](http://says.com/my/news/tahukah-anda-perdagangan-rokok-seludup-ada-kaitan-dengan-jenayah-terancang-dunia). Setiap wang yang dibelanjakan mempunyai kaitan dengan dadah di jalanan, jenayah senjata atau serangan pengganas, menjadikan persekitaran kurang selamat.
Badan penyiasatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati bahawa berjuta-juta pendapatan daripada perdagangan rokok seludup telah disalurkan kepada al-Qaeda, Taliban dan pertubuhan pengganas yang lain di dunia.
Image via www.thetimes.co.uk
4. Remaja dan golongan muda lebih mudah terjebak dalam gejala merokok disebabkan harga rokok seludup yang lebih murah
Disebabkan rokok seludup perlu bersaing dengan rokok sah, harga yang diletakkan ke atasnya adalah jauh lebih rendah sehingga 70 peratus. Memandangkan golongan belia lebih sensitif terhadap isu harga, maka mereka akan memilih untuk membeli rokok seludup kerana harganya yang murah dan pada masa yang sama mereka boleh berjimat.
Jelas di sini, kewujudan rokok seludup menyumbang kepada gaya hidup yang tidak sihat dalam kalangan remaja. Seperti yang dinyatakan di atas, rokok seludup yang dibawa masuk mempunyai kandungan tar, nikotin dan karbon monoksida yang jauh melebihi had yang dibenarkan.
Situasi ini sungguh membimbangkan terutamanya kerana rokok seludup dijual secara meluas kepada kanak-kanak, golongan muda dan masyarakat di kawasan luar bandar, membawa kepada ketidakseimbangan tahap kesihatan di antara kumpulan sosial yang berlainan.
Image via thevocket.com
5. Rasuah dan korupsi semakin berleluasa, dari peringkat rakyat jelata sehingga ke pegawai penguatkuasa
Di samping itu, pertumbuhan rangkaian penyeludupan ini meningkatkan gejala rasuah dalam negara, kedua-dua di kalangan rakyat yang membeli rokok di *black market* dan di kalangan pegawai-pegawai awam yang memudahkan aktiviti *underground*.
Kehadiran rangkaian jenayah terancang di pasaran juga boleh meletakkan tekanan tambahan ke atas pengedar dan peruncit sah, mengurangkan keuntungan, sekaligus mendorong mereka untuk menyertai dalam pasaran gelap.
Jelas sekali perkara ini tidak akan berlaku jika tiada amalan rasuah dijalankan oleh pegawai-pegawai di agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang. Ramai yang sedar perkara sebegini terjadi tapi masing-masing tidak mengambil tindakan.
Image via www.abc.net.au
6. Industri import akan mengalami kerugian yang besar kerana perlu bersaing dengan jenayah underground dari pelbagai pelusuk
Dalam satu temubual bersama [The Guardian](http://www.ghanamma.com/between-challenges-and-effect-of-smuggling/), Ketua Pengarah, Dewan Perniagaan dan Industri Lagos(LCCI), Muda Yusuf berkata jenayah penyeludupan ini mempunyai kesan yang buruk kepada ekonomi terutama sektor pembuatan.
Dia berkata, "penyeludupan adalah sebahagian faktor yang menyumbang kepada tahap pengeluaran rendah. Beberapa pengimport membawa masuk barang secara sah. Tetapi ada yang tidak. Mereka yang mematuhi undang-undang mengalami kerugian besar kerana aktiviti-aktiviti *underground* ini. Kerajaan perlu membuat dasar-dasar yang lebih ketat dan meletakkan peraturan yang berkesan bagi menguatkuasakan undang-undang. "
Image via www.hmetro.com.my
Jelas di sini, aktiviti penyeludupan semakin hari semakin serius dan perlu ditangani segera. Jika dibiarkan, lambat laun ia pasti melumpuhkan ekonomi negara, pada masa yang sama menjejaskan keselamatan, keharmonian, dan gaya hidup masyarakat.
Dalam perkembangan terbaru, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Sabah tangkas mengambil tindakan dengan menarik balik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang menjual barang seludup
Image via www.hmetro.com.my
Selain itu, dalam tempoh tiga hari Op Outlet bermula Isnin lalu (28 September), seramai lapan peniaga ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Kuala Lumpur dan Sarawak
Image via www.mstar.com.my

