Ikan Masin, Cendol Akan Dikenakan SST 5% Dan Lagi Kesan Pelaksanaan SST Mulai 1 September
Manakala semua produk farmasi akan dikecualikan SST.
Cover image via Blog Sea Salt With FoodApabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada 9 Mei 2018, salah satu manifesto 10 janji 100 hari pemerintahan telah mula ditunaikan iaitu Goods And Service Tax (GST) telah diturunkan pada kadar 0%
Image via Majalah Labur
Berkuatkuasa 1 September ini Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kata Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam.
Katanya, pelaksanaan SST itu adalah susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 telah diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lepas.
Satu senarai penuh 6,400 jenis barangan yang dikenakan cukai SST telah dikeluarkan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menurut pihak Kastam Malaysia, jumlah barangan yang dikenakan SST lebih rendah berbanding sebanyak 11,197 barangan yang dikenakan cukai semasa pelaksanaan GST.
Berikut adalah beberapa analisa barangan yang bakal dikenakan SST mulai 1 September tahun ini:
1. Harga fast food seperti McDonalds, KFC dan lain-lain dijangkakan akan naik
Image via Kastam
Image via One Stop List
2. Budu, belacan dan cencalok tidak akan dikenakan cukai, manakala aiskrim akan dikenakan cukai 5%
Image via Kastam
Image via Pictame
3. Air berkarbonat dan manis akan dikenakan cukai sebanyak 10% bahkan air mineral turut dikenakan cukai 10%
Image via Kastam
Image via Kosmo
4. Semua produk farmasi akan dikecualikan SST
Image via Kastam
Image via Cosmopoitan Malaysia
5. Semua produk kecantikan termasuk alat solek dan penjagaan muka akan dikenakan SST 10%
Image via Kastam
Image via Dr Hasseenah
6. Semua pakaian akan naik harga kerana dikenakan SST 10% termasuk pakaian bayi
Image via Kastam
Image via Kastan
Image via Pintar Nulis
7. Semua peralatan komputer dan laptop akan dikenakan cukai sama ada 5% atau 10% manakala telefon bimbit sebanyak 5%
Image via Kastam
Image via Kastam
Image via Google
8. Semua perkakas elektrik akan dikenakan cukai sama ada 5% atau 10%
Image via Kastam
Image via Kastam
Image via Google
9. Pantyliner, tampon dan tuala wanita dikecualikan SST
Image via Kastam
Image via My Adolescent Health
10. Barangan sukan ada yang dikecualikan cukai dan ada yang dikenakan cukai 10%. Semua mainan bayi dan kanak-kanak dikenakan 10% cukai
Image via Kastam
Image via Kastam
Image via Google
11. Ikan masin akan dikenakan cukai sebanyak 5% manakala tiada cukai dikenakan pada udang karang (lobster)
Image via Kastam
Image via Kastam
Image via Google
12. Cendol akan dikenakan SST 5%
Image via Google
Image via Kastam
Boleh lihat senarai penuh di mysst.customs.gov.my
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penurunan harga gula sebanyak 10 sen
Pengumuman itu menjadikan harga gula pasir kasar baharu RM2.85 sekilogram dan gula pasir halus RM2.95 sekilogram.
"Diharapkan dengan turunnya harga gula akan dapat mengurangkan jangkaan kesan berangkai ke atas harga makanan dan minuman di pasaran," kata Menteri Menteri KPDNHEP, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata gula merupakan barang kawalan yang dikawal bekalan dan harganya di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011 bagi memastikan bekalannya sentiasa mencukupi dan dijual pada harga terkawal.
"Hasil penurunan ini tidak bermakna kerajaan menyokong pengambilan gula berlebihan," katanya.
Image via Maskulin
Image via Sirap Suam
Selain itu, bermula 1 September ini juga, semua pengguna kad kredit dan caj kad akan dikenakan semula cukai perkhidmatan sebanyak 6%
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, "Kadar cukai yang dikenakan adalah sama rata iaitu pada kadar RM25 untuk kad kredit utama dan kad tambahan.
"Semasa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pemegang kad kredit perlu membayar enam peratus ke atas yuran tahunan kad, tetapi cukai perkhidmatan RM50 akan digugurkan.
Pada tahun 2010, pengguna kad kredit dan caj kad dikenakan cukai perkhidmatan RM50 terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan.
Lihat video di bawah:
Image via Era Baru
Menurut kastam, tempoh efektif kad sedia ada tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak RM25 sehingga pembaharuan kad dibuat pada tahunan akan datang.

