Kes Permohonan Cerai Di Johor Meningkat, Gangguan Orang Ketiga Antara Punca Perpisahan

Peningkatan dapat dilihat dengan 7,306 kes telah direkodkan pada 2024 berbanding 7,174 kes pada 2023.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gangguan orang ketiga jadi antara punca Johor catat peningkatan perceraian difailkan di Mahkamah Syariah seluruh negeri itu sejak enam tahun lalu

Menerusi laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata antara punca perceraian difailkan adalah disebabkan tiada persefahaman, masalah kewangan, pasangan tidak bertanggungjawab, campur tangan luar (mentua atau ipar duai) dan gangguan pihak ketiga.

"Peningkatan paling ketara ialah tuntutan atau permohonan perceraian naik daripada 3,273 kes (2019) kepada 4,264 kes (2024). Bagi tuntutan pengesahan lafaz cerai, walaupun terdapat sedikit penurunan pada 2021 (1,856 kes), jumlahnya kembali meningkat kepada 2,462 kes pada 2024.

"Tuntutan pengesahan cerai taklik kekal rendah sepanjang tempoh itu antara 25 hingga 38 kes setahun, manakala tuntutan Khulu' atau tebus talak, kes juga kekal rendah dengan sedikit penurunan, daripada 10 kes (2019) kepada hanya lapan kes pada 2024.

"Pada masa sama, tuntutan fasakh mencatatkan penurunan ketara daripada 988 kes pada 2019 kepada hanya 545 kes pada 2024," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Magnet

Pasangan muda paling ramai memfailkan perceraian

Tambah Mohd Fared, dalam tempoh sama, pasangan muda dilihat paling tinggi memfailkan perceraian iaitu 16,159 pasangan direkodkan berada dalam lingkungan umur 26 hingga 35 tahun.

Ia diikuti pasangan berusia 36 hingga 45 tahun (10,517 pasangan), umur 18 hingga 25 tahun (4,877 pasangan), umur 46 hingga 55 tahun (4,631 pasangan), umur 56 hingga 65 (1,715) dan 66 tahun ke atas (588 pasangan).

"Bagi jumlah keseluruhan kes tuntutan nafkah difailkan dari Mei 2024 hingga bulan lalu, sebanyak 371 kes iaitu 262 kes pada 2024 dan 109 kes setakat April lalu.

"Melalui Bahagian Sokongan Keluarga juga satu insentif berbentuk bantuan diberikan kepada mereka yang layak selepas siasatan dibuat dan diluluskan ahli mesyuarat.

"Sejak 2012 hingga Ogos 2023, Bahagian Sokongan Keluarga menyalurkan pendahuluan dana RM77,400 kepada bekas isteri yang layak melalui peruntukan dana disumbangkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: