Kes Bunuh Ejen Insurans Di Penang, Dua Beradik Antara Empat Individu Direman Polis

Mangsa yang berumur 31 tahun telah ditemukan di dalam sebuah beg bagasi di Butterworth awal bulan ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via China Press
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Empat suspek, dua lelaki dan dua wanita, telah ditangkap berhubung kes pembunuhan ejen insurans ditemui dalam bagasi dengan suspek lelaki merupakan adik-beradik

Menerusi laporan Malaysia Gazette, perintah reman terhadap dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 38 tahun itu serta dua wanita berumur 42 dan 31 tahun dikeluarkan oleh Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal, bermula 22 Oktober hingga 28 Oktober, untuk siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek yang memakai baju lokap polis dan bergari meninggalkan pekarangan Mahkamah Butterworth selepas perintah reman diperoleh.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan tangkapan empat suspek tersebut.

"Ya betul kita ada tangkap empat suspek bagi membantu siasatan kes tersebut (mayat dalam bagasi) dan mereka dibawa ke mahkamah pagi tadi untuk mendapatkan perintah reman," katanya.

SAYS.com
Image via China Press

Mangsa, yang dikenal pasti sebagai Lee Wen Han, juga dikenali sebagai Daniel Han Lee, dari Pulau Pinang, telah hilang sejak 7 Oktober lalu

Kira-kira jam 1 pagi, 8 Oktober, ibu mangsa telah menerima mesej daripada telefonnya yang memberitahu dia akan ke Perlis untuk bekerja dan mungkin pulang lewat atau pada keesokan harinya.

Walau bagaimanapun, keluarga mangsa mengesyaki mesej itu bukan dihantar oleh Lee sendiri kerana telefonnya tidak dapat dihubungi sejak tengah hari dan tidak membalas mesej.

Pada 9 Oktober, sekitar jam 1.45 petang, polis menerima panggilan daripada orang awam tentang sebuah beg pakaian yang mencurigakan ditemui di belakang flat Ampang Jajar di Butterworth.

Pegawai yang tiba di tempat kejadian menemui mayat seorang lelaki di dalam bagasi tersebut. Leher mangsa menunjukkan kecederaan yang ketara, tangannya diikat dan sebuah beg plastik telah diletakkan di atas kepalanya.

Bedah siasat mengesahkan bahawa dia telah meninggal dunia akibat sesak nafas.

SAYS.com

Mangsa, Lee Wen Han.

Image via China Press

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: