“Kerja Fleksibel & Bonus Menarik” – Podcast TikTok Mekdi Dedah Realiti Kehidupan Gen Z

Betul ke Gen Z macam ni?

Enlarge text
Cover ImageCover image via TikTok Drama Sangat

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh McDonald's Malaysia.

Sedar tak sedar, ramai Gen Z kini sudah menapak ke alam dewasa, menghadapi cabaran kerja, persahabatan dan kehidupan seharian

McDonald's Malaysia, atau lebih mesra dikenali sebagai Mekdi, mengambil langkah kreatif untuk menyingkap realiti ini melalui pendekatan unik iaitu gabungan podcast dan drama TikTok dengan tajuk 'FYP Macam VIP'.

Drama TikTok yang dekat dengan dunia Gen Z

FYP Macam VIP bukan sekadar hiburan; ia medium Mekdi untuk mendekati generasi muda yang aktif di media sosial, khususnya TikTok.

Drama ini mengetengahkan pengalaman bekerja, peluang kerjaya, dan cabaran 'adulting' dengan cara santai tetapi penuh makna.

Barisan pelakon mesra Gen Z

@dramasangat Episod 1 / 6 : Kenapa Orang Malaysia Selalu Lambat? Korang team awal, on time atau lambat? ▶️ Saksikan kesemua 6 episod Siri Drama FYP Macam VIP -> Setiap Rabu & Khamis, 9:00 Malam di TikTok @dramasangat #mcdmalaysia #fypmacamvip ♬ original sound – dramasangat

Siri ini menampilkan empat pelakon yang sinonim dengan Gen Z iaitu Rykarl Iskandar, Zaki Yamani, Mia Sara Nasuha dan Serra Kamal.

Mereka membawa watak-watak yang relatable dengan realiti kehidupan golongan muda hari ini:

  • Alif (Rykarl) – pekerja Mekdi yang mesra, sentiasa sedia membantu.
  • Faris (Zaki) – serius, pandai mengendalikan podcast dan suka menunjuk kepandaian.
  • Alia (Mia Sara) – matang dan berpendidikan.
  • Farah (Serra) – kekok dalam pergaulan, tetapi rapat dengan dunia digital.

Melalui watak-watak ini, FYP Macam VIP memaparkan pengalaman harian Gen Z, termasuk kerja sambil belajar tentang tanggungjawab, persahabatan dan mencari makna dalam kehidupan.

Kerjaya di Mekdi: fleksibel, sokongan & peluang perkembangan

@dramasangat

Menguji kesabaran betul — Alif kena layan karenah jiran, Faris pula 'obsessed' nak viral. Jangan lupa layan Ep 3 & 4! ▶️ Siri Drama FYP Macam VIP -> Setiap Rabu & Khamis, 9:00 Malam di TikTok @dramasangat #mcdmalaysia #fypmacamvip

♬ original sound – dramasangat

Salah satu keistimewaan drama ini ialah cara pekerjaan Alif di Mekdi diselitkan secara semula jadi dalam jalan cerita.

Ia menunjukkan bahawa cabaran hidup tidak semestinya bercanggah dengan komitmen kerja.

Malah, Mekdi digambarkan sebagai tempat kerja yang menawarkan sokongan, fleksibiliti, kemudahan dan peluang untuk berkembang dimana ia elemen penting bagi Gen Z yang sedang membina masa depan mereka.

Pendek kata, FYP Macam VIP adalah cerminan realiti kehidupan Gen Z yang penuh warna, dari dunia kerja, persahabatan, hingga perjalanan memahami diri sendiri.

Semua ini disampaikan dalam format yang santai, mudah diikuti, dan sangat 'on point' dengan gaya hidup hari ini.

Kalau korang dah lama curious tentang realiti kehidupan Gen Z, drama ini memang wajib ditonton!

FYP Macam VIP akan ditayangkan secara eksklusif di Instagram dan TikTok @dramasangat, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS