Kereta Ditenggelami Banjir? Jangan Gelabah, Ini 7 Perkara Yang Patut Anda Lakukan

Mungkin kereta boleh okay dengan cara ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Xtra & Zukidin
Logo

Umum mengetahui keadaan banjir yang teruk di negara kita buat masa ini berada dalam keadaan membimbangkan

Selain daripada rumah dimasuki air, ramai juga yang berdepan dengan kegagalan menyelamatkan kenderaan mereka.

Perkara sebegini sudah semestinya berada di luar jangkaan kita. Namun, ada beberapa cara dan ikhtiar yang boleh dilakukan dengan harapan kereta anda masih boleh beroperasi seperti biasa.

Berikut adalah 7 cara yang anda perlu lakukan sekiranya kereta ditenggelami banjir:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vocket

1. Periksa enjin dan gearbox

Jika kereta anda ditenggelami banjir, antara salah satu cara yang perlu dilakukan adalah dengan memeriksa sukatan dipstick minyak enjin dan gearbox. Periksa sukatan paras minyak, sekiranya lebih tinggi daripada biasa kemungkinan ia telah dimasuki air.

Selalunya mekanik akan mengosongkan minyak enjin dan gearbox dan menggantikannya dengan yang baru.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Libur

2. Flush minyak kereta

Oleh kerana tangki minyak kereta berada di kedudukan yang rendah, keberangkalian untuk air banjir masuk memang sangat tinggi.

Untuk mengelakkan masalah menjadi lebih besar, flush minyak adalah salah satu cara yang perlu dilakukan sehingga tangki benar-benar kering.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mingguan Wanita

3. Jangan hidupkan enjin dulu

Ini adalah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh ramai orang. Jika kereta anda ditenggelami banjir, seeloknya jangan cuba untuk menghidupkan enjin dulu.

Perkara ini sebenarnya berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Malah, boleh menelan kos baik pulih yang lebih mahal.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jvalube

4. Hubungi syarikat insurans

Gambar sekadar hiasan.

Image via WordPress

Sudah tentu perkara paling penting anda patut lakukan adalah dengan menghubungi syarikat insurans kenderaan anda. Hal ini kerana, ada syarikat insurans yang menawarkan pakej perlindungan banjir, tetapi ada juga yang mengenakan caj berasingan.

Sebaiknya anda meminta nasihat khidmat pelanggan insurans anda untuk tindakan seterusnya. Servis juga mungkin ditawarkan bergantung kepada masalah yang dihadapi.

5. Keringkan kusyen kereta

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pakar Cuci Kereta Kusyen

Selalunya terdapat bengkel yang menawarkan perkhidmatan mencuci bahagian dalam kereta yang ditenggelami banjir. Ini juga dapat membantu anda menggantikan barang dalam kereta yang terjejas akibat banjir seperti karpet lantai, panel pintu, dan pelapik kerusi.

Pastikan kusyen kereta dicuci terlebih dulu dengan baik kerana jika silap cara ia mungkin akan meninggalkan bau busuk.

6. Periksa semua sistem elektrik

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pandu Laju

Dalam pada itu, memeriksa semua sistem elektrik pada kenderaan amatlah penting untuk memastikan kerosakan pada bahagian kenderaan. Cuba pulas kunci pencucuh untuk menghidupkan kereta.

Periksa setiap komponen serperti lampu depan, signal, radio, tingkap, dan lampu kabin. Jika anda perasan seperti ada kekurangan pada bahagian-bahagian tersebut, segera hantar ke mekanik berdekatan.

7. Periksa roda dan tayar

Sebelum anda memandu, cuba cari kesan lumpur yang mungkin terkumpul pada sekitar roda kereta. Hal ini kerana jika kesan lumpur sudah mengeras, ia boleh menyebabkan kereta anda bergegar ketika memandu.

Jadi, jika perlu ambil penyembur bertekanan tinggi dan cucilah sekitar rim kereta anda dengan keadaan berhati-hati.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Maskulin

Harap perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk menyelesaikan masalah kereta dan dapat beroperasi seperti biasa 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: