Kerajaan Umum Tiada Kenaikan Tol Untuk 10 Lebuhraya Utama Pada 2026 – Fahmi Fadzil

Syukur!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Fahmi Fadzil (Facebook) & NST
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil umum tiada kenaikan tol untuk 10 konsesi lebuh raya utama pada tahun hadapan

Menurutnya, keputusan yang ditetapkan sama tahun ini akan mempunyai implikasi kewangan kepada kerajaan dan perlu membayar pampasan kepada pemegang konsesi.

"Semalam, ada diputuskan bahawa bagi tahun 2026, 10 konsesi lebuh raya yang akan diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya tidak akan mengalami kenaikan tol," kata Fahmi.

Beliau menambah kos pembekuan tol akan ditanggung oleh kerajaan, dengan butiran lanjut akan diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya.

New Straits Times sebelum ini melaporkan pada Julai tahun ini, kerajaan telah menyerap lebih daripada RM500 juta untuk mencegah kenaikan tol di 10 lebuh raya utama.

SAYS.com
Image via Fahmi Fadzil

Menurut kenyataan rasmi baru-baru ini, kumpulan lebuh raya yang sama tidak akan mengalami kenaikan tol pada tahun 2026

Berikut adalah 10 lebuh raya yang terlibat:

  • Lebuhraya Kuala Lumpur–Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Duta–Ulu Kelang (DUKE)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Cheras–Kajang (GRANDSAGA)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (LATAR)
  • Lebuhraya Senai–Desaru (SDE)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
  • Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  • Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang)


Pembekuan tol dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 941,000 pengguna harian. Kementerian Kewangan akan memberi pampasan kepada pemegang konsesi bagi memastikan kadar tol kekal tidak berubah.

Dalam pada itu, lebuh raya seperti KESAS, LDP, SPRINT dan SMART sudah pun berada di bawah perjanjian jangka panjang, mengekalkan kadar tol tidak berubah sehingga tempoh konsesi mereka tamat.

Lihat pengumuman Fahmi Fadzil di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: